M4afk4n ab4ng s4yang, ister1 hmbus n4fas d1sisi su4mi s4at kem4langan.

Kluang : Gara-gara mel4nggar seekor b4bi melintas jalan, seorang wanita m4ut, manakala suaminya cedera p4rah selepas motosikal yang dinaiki terb4bas kira-kira jam 8.45 malam tadi.

Apa yang berlaku mengundang pilu insan insan yang mengenali arwah yang amat terkejut dengan apa yang berlaku.

Takziah buat sepupuku Mazlan Mdnoh diatas pemergian isteri tercinta,semoga allah mencucuri rahmat keatas rohnya di ampunkn segala dosanya,diterima segala amal ibadahnya dan ditmpatkn brsama org beriman..AL FATIHAH.- Mat Jerng

Salam Takziah Mazlan Mdnoh atas pemergian isteri tercinta Ruzita Kadiron smga roh nya dicucuri Rahmat yg esa. Aamiinnn, kuat lan demi ank2. – Masilahwati Abu Bakar

Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani, berkata dalam kejadian di Kilometer 57 Jalan Yong Peng – Kluang itu, Ruzita Kadiron, 43, m4ut di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan p4rah di beberapa bahagian b4dan dan kep4la.

Abdul Razak berkata, suami m4ngsa Hamdan Md Noh patah tangan kanan selain luka di beberapa bahagian b4dan dan dirawat di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang.

Pasangan suami isteri ini dipercayai dari bandar Kluang dalam perjalanan balik ke kediaman mereka di FELDA Kahang Barat sebelum terbabit kemalangan ini.

M4yat m4ngsa kemudiannya dirujuk ke Jabatan Forensik di hospital sama untuk proses bed4h siasat sebelum diserahkan kepada keluarga awal pagi ini,katanya dalam kenyataan kepada media.

Menurut Abdul Razak, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Semoga suami arw4h kembali sihat dan roh arwah isteri tenang disana. Al fatihah.