Lepas Hulk , ” Bintang Spider Man pula sokong Pal estin ” (5Gmbr)

Selepas Mark Ruffalo yang terkenal dengan karakter adiwira, Hulk dalam sinematik Marvel, bintang Spider-Man Into the Spider-Verse, Mahershala Ali pula menzahirkan sokongannya terhadap Pale$tin.

Pemenang dua kali trofi Oscar itu menerusi Instagram berkongsi satu video kanak-kanak berusia 10 tahun yang terus mender1ta disebabkan kez4liman Z1oni$.

Menerusi hantaran sama, turut disertakan pemilik nama lengkap Mahershalalhashbaz Gilmore itu adalah sekeping foto memaparkan bagaimana I$r4el terus-menerus mer4mpas tanah milik Pale$tin dan melakukan jen4yah pembersihan etnik terhadap negara tersebut.

Bismillah, saya doakan keamanan, maruah dan hak kemanusiaan anak-anak Tuhan akan terbela, Amin, kata aktor yang merupakan penganut Islam itu.

Pada 2018, Mahershala melakonkan watak Aaron Davis atau The Prowler dalam Spider Man Into the Spider-Verse.

Karakter tersebut merupakan bapa saudara kepada watak utama, Miles Morales atau Spider Man yang dijayakan oleh seorang lagi aktor kulit hitam, Shameik Moore.

Selain filem animasi tersebut, Mahershala cukup dikenali menerusi watak Boggs dalam trilogi The Hunger Games.

Adiwirackesayangan ramai, Hulk dalam galaksi filem The Avengers yang peranannya dilakonkan pelakon dan aktivis, Mark Ruffalo mengajak orang ramai mengutuk keg4nasan yang dilakukan Rejim Z1oni$ terhadap Pale$tin.

Mark atau nama lengkapnya, Mark Alan Ruffalo, 53, menerusi Twitter berkata, sudah sampai waktunya semua orang melakukan sekatan atau memb0ikot I$re4l demi menamatkan penderit4an rakyat Pale$tin.

Lebih 30 kanak-kanak terbvnuh, Para ibu terk0rban, Beratus-ratus orang terceder4 Kita berada di ambang per4ng berskala penuh.

Sekatan ke atas Afrika Selatan membantu membebaskan rakyatnya (orang kulit hitam), Sudah tiba masanya sekatan ke atas I$r4el dilakukan demi membebaskan rakyat Pale$tin, ciapnya dalam Twitter.

Sejak keg4nasan tentera I$rael terus memuncak menjelang Aidilfitri lalu, Mark menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Pale$tin yang bermati-matian berju4ng mempertahankan tanah air mereka.

Sehubungan itu, ‘ahli Avengers’ itu mengajak peminatnya serta warga dunia untuk melakukan sekatan terhadap I$rael, sebagaimana dilakukan bagi membebaskan orang kulit hitam di Afrika Selatan.

Dia mengajak pengikut dan peminatnya menandatangani petisyen untuk ‘menekan’ I$r4el bagi menghentikan kezaliman menerusi laman web, Avaaz The World In Action, Setakat ini, lebih 2.5 juta sudah menandatangani petisyen tersebut.

Aktor itu juga berharap angka tersebut terus meningkat demi menamatkan kesengsaraan rakyat Pale$tin. Credit Kosmo.