LC baru buat Athirah dari Tengku Permaisuri Norashikin ubat kesedihan!

Shah Alam : Kisah sedih seorang penghantar makanan yang kehilangan motosikal setelah dicuri individu tidak bertanggungjawab di Batu Caves dekat sini mendapat perhatian daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin hari ini.

Tengku Permaisuri Norashikin telah berkenan menyampaikan sumbangan peribadi berupa sebuah motosikal kepada penghantar makanan itu, Nur Athirah Abdul Latiff.

Baginda antara lain turut menzahirkan perasaan amat sedih dan terharu apabila membaca berita yang tular mengenai nasib malang yang menimpa Nur Athirah.

Di waktu semua pihak sedang diuji dengan pelbagai dugaan ketika ini, kita amat berharap agar masyarakat di luar sana lebih bersifat perikemanusiaan dan bertimbang rasa antara satu sama lain.

Diharap dengan sumbangan ini Nur Athirah akan dapat kembali meneruskan kerja harian dengan sempurna seterusnya membantu keluarga.

Baginda turut mendoakan agar sekalian rakyat terus dimurahkan rezeki dan sentiasa di dalam perlindungan Allah SWT, titah baginda menerusi kenyataan di laman Facebook Selangor Royal Office sebentar tadi.

Sumbangan motosikal itu disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz.

Nur Athirah yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik tinggal bersama ibunya di Batu Caves kini bertindak selaku penyara keluarga dengan melakukan kerja penghantaran makanan sepenuh masa.

Terdahulu, kisah Nur Athirah tular di laman sosial Facebook dan memohon bantuan orang ramai mengesan motosikal Yamaha 135LC miliknya dengan nombor plat BQF2182 yang hilang di depan pasar raya Batu Caves, di sini kelmarin.

Semoga Nur Athirah diberi kekuatan untuk melupakan detik duka kehilangan motosikal tersayang yang digunakan untuk mencari rezeki, sama sama kita doakan agar Tengku Permaisuri Norashikin terus dimurhkan rezki , terima kasih atas sumbangan yang amat bermakna buat Athirah.