Lagu hari raya kita dhinaa lagi, ” Pakai baju melayu kempen judiii” (5Gmbr)

Petaling Jaya : Lagi lagu raya yang cuba menarik orang ramai untuk menyertai jvdi 0nline bagi mencari duit untuk menyambut hari raya.

Nampaknya mereka betul betul ambil kesempatan dikala ramai yang susah akibat terkesan dengan pandemik C0V1D19 mereka cuba menarik perhatian orang ramai untuk meyertai mereka dengan jvdi online.

Semalam pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengesan penerbit serta pelakon-pelakon yang terlibat dalam penghasilan satu video iklan Hari Raya yang didapati mempromosikan aktiviti perjvdian.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, siasatan yang dilakukan mendapati isi kandungan video  jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam.

Satu laporan polis telah dibuat oleh Jabtan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyiasat asal usul video ini yang akan menjurus kepada penerbit dan pelakon-pelakon yang terlibat dalam penghasilannya.

Mereka akan dikesan serta dipanggil untuk memberi keterangan dan kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka,katannya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Acryl Sani, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) juga akan dihubungi untuk membantu siasatan.

Orang ramai diingatkan agar tidak berkongsi atau menyebarkan video ini melalui sosial media bagi mengelakkan kegusaran awam, ujar beliau.

Terdahulu, Kosmo! Online hari ini melaporkan tentang penularan satu video iklan bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dikecam netizen kerana turut mempromosikan aktiviti perjudian secara online.

Pagi ini tular lagi satu Video lain yang juga menggalakan orang ramai menyertai jvdi online melalui laman facebook Reen Rahim mereka memuat naik video ini yang mengejutkan rupanya banyak video video seperti ini yang dilakukan oleh pelakon melayu yang berpakian ala ala hari raya yang jelas menghina agama dan hari raya kita.