Lagi 4 hari mjlis akan berlagsung, bakal pengantin ajaal kmlngan (6gmbr)

Kuching : Seorang anggota Polis yang bertugas di Yan kedah meninggal dunia terlibat kem4langan semalam merupakan bakal pengantin yang mana ketika kem4langan berlaku dia dalam perjalanan menyelesaikan beberapa tugasan sebelum bercuti untuk majlis pernikahan dirinya.

Apa yang berlaku sungguh mengejutkan memandangkan arwah seorang insan yang sangat disenangi rakan rakan dari zaman dirinya belajar sehingga kini.

Arwah Syah seorang anak yang sangat baik penuh didikan agama dari keluarganya, mengikut rakan rakan yang sama belajar dengannya kenangan dikolej masih dalam ingatan semasa disana arwah selalu menjadi imam dan azan sebelum solat berjemah beramai ramai.

Semalam mereka semua mendapat khabar duka bila Syah disahkan meninggal dunia impak kemalangan yang menimpa dirinya, disaat majlis nikah lagi 4 hari dia pergi selamanya dijemput ilahi.

Hari ini en4zah Allahyarham Konstabel Taxlamsyah Nurul Hayat Piee yang meninggal dunia akibat kem4langan jalanraya di Yan Kedah pagi kelmarin, telah selamat sampai di Kuching, untuk disemadikan di kampung halaman beliau di kampong Hilir Alit, Kabong.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi kelmarin, kenderaan yang dipandu mangsa telah bertembung dengan sebuah lori ketika dalam perjalanan semula ke pejabat tempat beliau bertugas bagi menyelesaikan beberapa urusan sebelum mula bercuti.

M4ngsa meninggal di tempat kejadian akibat cedera p4rah pada kep4la dan beberapa anggota badan lain.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, m4ngsa yang baru tiga tahun bertugas sebelum itu telah pulang ke rumah sewanya di Singkir di sini selepas habis kerja syif pada pukul 8 pagi pada hari tersebut.

ACP Pentadbiran IPK Sarawak, ACP Martin Khoo serta pegawai kanan dan anggota IPK Sarawak turut hadir dalam memberi penghormatan terakhir sebaik di masa ketibaan jenazah Allahyarham di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Jenazah Allayarham juga turut disembahyangkan dengan dipimpin oleh Ustaz Sharil dari Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) IPK Sarawak.

Seluruh warga PDRM Kontinjen Sarawak mengucapkan takziah kepada sekuruh ahli keluarga Allahyarham, semoga tabah menghadapi ujian ini.

Semoga tunangnya Nuyu Shakira tabah dengan dugaan ini yang maha esa lebih sayangkan arwah, dia insan yang sangat baik Allah sayang dan disayang oleh semua orang. Al fatihah.