Kmatian Husnul khatimah, ” Aisyah mninggal ketika baca AlQuran dsisi Ayh (4Gmbr)

Makassar : Tiada apa yang lebih bermakna selain mengakhiri hidup di dunia ini dengan sebaik-baik kem4tian.

Kem4tian dalam keadaan husnul khatimah, Dengan iringan doa dan amalan kebaikan yang sering dilakukan semasa hidup, InshaAllah, ia pasti akan dibalas dengan sebaik dan selayaknya.

Baru-baru ini, tular kembali kisah mengenai seorang gadis yang men1nggal dun1a dalam keadaan melakukan ibadah.

Dilaporkan men1nggal dun1a pada tahun 2018, Aisyah Bahar yang berasal dari Kabupaten Bone dekat Makassar, Sulawesi Selatan menghembuskan n4fas terakhirnya ketika membaca Al-quran.

Aisyah yang berusia 22 tahun pada ketika itu sememangnya dikenali sebagai seorang gadis yang cantik, bijak dan taat beragama.

Bangun solat malam dan berpuasa sunat, Bapa kepada Aisyah, Andi Bahar Jufri , mengatakan bahawa anaknya sempat untuk bangun menunaikan solat pada waktu malam sebelum meninggal dunia. Allahyarhamah juga sedang berpuasa sunat pada ketika itu.

Setelah solat, dia sempat bersahur, Dia selalu berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis,katanya.

Minta dibimbing baca dua kalimah syahadah Selepas solat subuh, Aisyah kemudian membaca Al-quran dan telah meminta bapanya memperbetulkannya jika bacaannya salah.

Tidak lama selepas itu, dia tiba-tiba memeluk bapanya dan meminta diajarkan dua kalimah syahadah, selepas itu dia disahkan men1nggal dun1a.

Punca kem4tiannya tidak diketahui tetapi Aisyah pernah mengadu bahawa dia sering sakit kepala.

Pada hari dia men1nggal dun1a, ia merupakan hari pertama Aisyah memulakan kerja sebagai pegawai di makmal Universiti Hasanuddin.

Dua abang turut men1nggal dun1a ketika sedang solat, Kem4tian Aisyah ini juga menyingkap mengenai pemergian dua abangnya yang dikenali sebagai Andi Ibrahim dan Andi Astri yang men1nggal terlebih dahulu sebelum Aisyah.

Andi Ibrahim men1nggal dun1a pada bulan Ramadhan tahun 2009 dalam keadaan bersujud ketika mengerjakan solat sunat Tasbih.

“Dia men1nggal dun1a ketika mengerjakan solat sunat Tasbih pada bulan Ramadhan tahun 2009, Kem4tiannya menjelang Hari Raya, kata Jufri.

Sementara itu, Andi Astri pula yang merupakan anak kedua men1nggal dun1a pada tahun 2011 ketika bersolat pada waktu malam, Allahy4rham menghembuskan n4fas terakhir semasa tahiyat akhir.

Pemergian ketiga-tiga beradik tersebut sememangnya berat untuk dihadapi oleh Jufri dan isterinya tetapi mereka juga percaya bahawa Allah mempunyai rancangan yang lebih baik.

Perasaannya bercampur baur, di antara gembira dan sedih apabila melihat anak-anaknya men1nggal dun1a dalam keadaan melakukan ibadah.

Saya sedih dan gembira melihat anak-anak saya m4ti dalam keadaan menyebut nama Allah. InshaAllah, mereka semua husnul khatimah, katanya.

Ramai yang memuji mengenai didikan agama yang diberikan oleh Jufri dan isterinya kepada anak-anak mereka sehingga meninggal dalam keadaan yang amat mulia. Credit Siakap Keli.