Kmatian Assyahidah Nurul Fahima seorng penghafal Al Quran ditanah Syam (7gmbr)

Damacus Syria : Suasana pengkebumian ‘Assyahidah’ Nurul Fahima Binti Abdul Rahim, Sebelum syahid menjelma, tulisan terakhir nya adalah ayat ini, Tanpa sedari ayat ini menjadi penutup keranda beliau.

Ribuan yang menghadiri solat jenazahnya, puluh biji kereta mengiringi beliau ke majlis pengkebumian beliau sedangkan beliau hanya seorang pelajar wanita Malaysia yang terakhir di sana.

Bukan seorang yang masyhur. Di sebabkan sanad Al-Qurannya tinggi, maka beliau di amanakan untuk menjadi pengajar bagi orang arab untuk memperbetulkan bacaan Al-Quran di sana.

Untuk pengetahuan kalian, infaq Arabic Mendy.. Beliaulah salah seorang sebagai pemudah cara saya untuk sampaikan ke tangan rakyat Syria (boleh lihat post saya InfaqRamadhan InfaqFrontLiner InfaqVanJenazah InfaqRaya) Ratusan ribu melalui beliau, tetapi beliau tidak pernah meminta walaupun seringgit dari saya.

Malah di keluarkan lagi duit beliau untuk misi tersebut. Sedangkan beliau sendiri memerlukan kewangan itu. Habis simpanan kewangan untuk mengubati sakitnya sendiri sedangkan mereka tidak bekerja.

Hanya mengharap ihsan zakat dan wang saku bulanan dari keluarga,Sungguh mahal nilai mahar Syurga kamu bayarkan… Sedangkan kami membeli dengan nilaian yang murah tetapi mengharap Syurga yang tinggi, Berbahagialah kamu di taman Syurga.

Imbas kembali Jumaat 22 Jan 2021, Jam 5.47 pagi, Telah kembali ke pangkuan Ilahi Srikandi Syurga Firdausi,Kekandaku yang Mulia akhlaknya.

Nurul Fahima Alhafizah Binti Abdul Rahim Ismi Nur Yaser 🥺🥺
Pagi yang ceria menjadi suram dengan pengkhabaran duka dari Bumi Anbiyak Damacus Syria bahawa kakak ku Nurul Fahima telah kembali kepada sang khaliq.

Terkedu aku seketika..Ya Allah cepatnya dia tinggalkan kami tak sangka 3hari lepas 19 jan adalah kali terakhir kita berbual & bersua muka melalui vediocall sempat melihat wajah yg ceria senyuman manis dia, banyak kali dok vediocall nak tengok Ahmad Hassan Alfaqeh.

Aku tak dan nak angkat sebab kalut kemas rumah time tu, tapi Alhamdulillah Allah gerakkan hati aku call back,. dan dia tunjuk kaki dia bengkak , tangan yg lebam & tengkok sakit ni katanya…..Allah😥.

Dengan pengkhabaran bahawa dia masuk hospital pula semalam aku bacakan yasin hadiahkan untuk dia doa agar allah angkat segala kesakitan yang ditanggungnya dengan cara yang terbaik dan beri kesihatan yang baik.. 🤲🥺.

Alhamdulillah dapat update didalam whatsapp group usrah dia balik rumah dan bernafas topeng oksijen.. dalam hati berdoa agar esok dia kembali sihat & angkat segala kesakitan dia.

Benarlah Allahu Sami’ .. Allah dengar rintihan keluargamu doa agar allah angkat segala kesakitanmu dengan memgambil nyawamu pada hari jumaat yg berkah.Kami redha dengan pemergianmu.. 😔.

Rehatlah dan tenanglah di sana bersama ayah kita dan anak²mu..
AKU BERSAKSI DIA SEORANG ANAK YANG BAIK , KAKAK YANG BAIK & SAHABAT YANG BAIK ! Tempatkanlah dia disyurgaMu ya robb! 🤲😭.

Buat abang ipar Yaser Hj Yusoff terima kasih banyak² tolong jagakan dia sehingga akhir hayat dia dipangkuanMu.. semoga allah balas dengan sebaik² ganjaran.. 🤲.

Wallahi kehilangan orang yg kita sayang amat sakit, Tiada ubat atas kesedihan ini hanya doa & bacaan alquran kami hadiahkan buat mu 💔😭🥺.

Sahabat² mohon doakan yang baik² buat kakak saya & sedekahkan alfatihah buat dia, Jazakillahu khairan Jazak ❤😔. Al fatihah Credit Ana Aien.