Kmatiaan husnul khotimah Ustz Murad, pulang solat subuh masjid!

Seberang Perai : Percutian pesara guru Ustaz Murad Khusni dirumah anaknya di Pulau Pinang berakhir dengan tr4gedi pilu.

Ustaz Murad berasal dari Sabak Bernam Selangor, semasa kejadian Ustaz baru pulang dari menunaikan solat subuh di Masjid terdekat ketika itulah dirempvh yang menyebabkan dia tercampak dijalan.

Kosmo melaporkan Dua lelaki m4ut dalam kem4langan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Telok Air Tawar, Butterworth di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi, penunggang basikal, Murad Khusni, 68 dan penunggang motosikal, Mohd. Hafiz Ramzan, 27, m4ut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan p4rah pada kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas motosikal dari arah Kepala Batas menuju ke Butterworth mel4nggar basikal yang sedang menyeberangi jalan ke Taman Telok Molek.

Katanya, akibat pelanggaran itu, kedua-kedua mangsa tercampak di atas jalan dan penunggang basikal kemudiannya dil4nggar oleh sebuah kereta yang tidak sempat mengelak.

Penunggang basikal diseret sejauh 10 meter, manakala kedua-dua mangsa m4ut di tempat kejadian.

Kita sedang mengesan pemandu kereta yang melarikan diri sejurus kejadian dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, m4yat kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kepala Batas di sini untuk bed4h siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, salam takziah buat kedua dua mangsa yang pergi buat selamanya dalam insiden pilu itu.