Khusnul khotimah pergimu Ustazah Huda , Ramai hadir uruskan mu walaupun keluargamu jauh!

Kegembiraan Ustazah Nurul Huda Shulaudin pulang ke Malaysia untuk bercuti bersama keluarganya di Kelantan dari Mesir awal September lalu merupakan percutian terakhir dirinya bersama keluarga tersayang.

Baru dua hari dia tiba diMesir untuk menyambung kembali pengajian nya disana namun tidak disangka dia telah mengalami masalah kesihatan sesak nafas dan disahkan meninggal dunia disana.

Apa yang berlaku mengejutkan keluarga dan rakan rakan nya namun itulah hakikatnya permergian Ustazah Huda turut mengundang pilu rakan baik nya Ustaz Ahmad Sobir yang berpeluang untuk menguruskan perjalanan akhir Ustazah Huda disana dia sempat menulis mengenai Ustazah Huda dilaman facebooknya.

Terpanggil untuk menulis, kematian kali ini sungguh istimewa bagi semua, bagai dibaratkan sepasang ibu bapa melepaskan anak pergi menghadap Syurga, Itulah yang terpapar daripada kisahnya begitu halus Allah atur, Indah tak terkata terkejut pun ada, hingga kata kata terakhir adalah macam tak percaya.

Apabila baru sehari kembali berpijak langkah untuk meneruskan baki pengajiannya di Mesir, Dia disahkan meninggal dunia selepas mengadu sedikit sesak nafas mungkin itulah ajalnya namun bagi ibu bapa sudah pasti merelakan perpisahan itu dibaratkan melepaskan anak mereka untuk ke Syurga.

Syurga ilmu syurga mujahadah setelah hampir 6 bulan bersama cuti di Malaysia rindu sudah pasti sedikit terubat setelah 2 tahun tidak balik ke Malaysia.

Melepaskan anaknya di airport baru ini mungkin amat mengujakan gembira sudah pastinya anak nak sambung pengajiannya nak jadi alimah.

Tapi itulah janji Allah saat ajal sudah tiba Allah menjemputnya dengan sangat teliti Ibarat menyambut kedatangan jasad arwah dengan sangat baik.

Disemadikan di bumi Para Ambi’ak Malah paling istimewa arwah dikembumikan di sekitar maqam para auliyak Masyaallah apa yang dilihat amalan arwah sangat luar biasa.

Amalan sunatnya dia jaga rapi apapatah lagi amalan wajib sudah semestinya lebih lagi, Melalui pengalaman kami bermusafir ke Kelantan selepas berkaurantin di Hotel Ibis KL.

Sepanjang perjalanan itu saya diberi kesempatan berada di seat sebaris dengan arwah. Dia duduk ‘double seat’ Saya seat single ditengah dikosongkan untuk sosial distancing.

Apa yang dilihat amalannya sungguh menakjubkan,1) Melazimi Ratib Al-Haddad,2) Suka berqasidah sepanjang perjalanan,3) Tasbih sentiasa ditangan,Paling terkejut apabila tahu dari status cerita kawan kawannya, arwah merupakan seorang yang sangat suka LAZIMI TAHAJJUD. Jarang miss,4) Suka berdamping dengan al-Quran,5) Solat awal waktu berjemaah di Surau Wisma.

Maka tidak dinafikan pemergiannya ada satu rahmat kepada keluarganya mendapat sinar gembira anaknya dimasukkan ke Syurga,Itulah yang disebutkan oleh Rasulullah من عاش على الشيء مات عليه Siapa yang hidup di atas sesuatu kebaikan, matinya di atas kebaikan yang dia suka lakukan.


وكفى بالموت واعظة Cukuplah kematian itu pengajaran kepada kita,من خرج في طالب العلم كان في سبيل الله حتى يرجع Sesiapa yang keluar dalam menuntut ilmu maka dia berada dalam jalan Allah sehingga dia pulang,من أحب الشيء بعث عليه
Sesiapa yang menyukai sesuatu diakan dibangkitkan dengan kesukaannyaعليكم بقيام الليل فإنه من دأب صالحين من قبلكم

Wajib(sunat muaakad) ke atas kamu berqiamullail sesungguhnya Qiamullail itu jejak langkah orang soleh sebelum kamu.

Kata ulamak, siapa yang suka berkhidmat untuk agama dan apa yang kita suka itulah kita akan mati Kita akan mati dimana kita suka berulang alik.

Kalau berulang alik ke masjid ditengah tengah tu kita akan mati kalau ke tempat mengaji begitulah juga.

Begitulah kisah Sahabat Nabi SAW, Saidaina Umar mati dibunuh ketika solat Saidina Othman, mati ketika membaca Al-Quran Kerana amalan yang paling mereka suka buat itulah membentuk kematian yang mereka ukir.

Bukti kematiannya dicemburui ramai, Meninggal di pagi Jumaat. Dikebumikan di sekitar maqam auliyak yang mana tidak pernah lagi pelajar Malaysia di kebumikan di situ meninggal semasa berkelana sedang bermusafir mencari ilmu di bumi Ambi’ak. Al fatihah. Credit Ustaz Ahmad Sobir