Khidupan sijelita tdk sperti org lain, Tak mkn nasi sejak 13thun lalu!

Kuala Lumpur : Alahan kepada nasi boleh membawa m4ut jika berada pada tahap kronik, Profesor dan Pakar Perunding Kanan Jabatan Otorinolaringologi, Surgeri Kepala dan Leher Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Prof Dr Mohd Zulkiflee Abu Bakar berkata, Allergen (bahan yang menyebabkan alahan) pada nasi datangnya daripada sejenis glikoprotein yang terdapat dalam beras berkenaan.

Katanya, bagaimanapun, hasil salah satu kajiannya pada tahun 2008 membabitkan pesakit (alahan makanan) di PPUM menunjukkan telur, susu, kekacang, gandum dan soya adalah lebih kerap menyebabkan alahan berbanding nasi.

Gejala ringan dan sederhana yang biasanya berlaku pada pesakit alahan nasi adalah ruam, gatal-gatal pada kulit, bersin, hidung berair atau tersumbat, asma dan kadang-kala sakit perut.

Manakala dalam kes yang berat, pesakit mengalami masalah sukar bern4fas dan akhirnya boleh men1nggal dunia.

Semuanya boleh berlaku selepas beberapa minit mengambil makanan berkenaan. Oleh itu, alahan makanan ini bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main-main,katanya ketika dihubungi Harian Metro bagi mengulas mengenai punca dan kesan alahan nasi terhadap pesakitnya.

Menurutnya, pesakit alahan nasi boleh dikenal pasti melalui ujian tertentu seperti ujian kulit (skin prick test), aras immunoglobulin E (Ig E) dalam darah dan pelbagai ujian imunologi di makmal.

Katanya, selepas dikenal pasti, pesakit disarankan supaya tidak mengambil nasi putih, nasi perang atau nasi pulut termasuklah tepung beras, sushi atau sebarang makanan dan kuih-muih yang berasaskan beras.

Jadi, pastikan selalu membaca label yang ada pada bungkusan sebelum membeli sesuatu makanan.

Sebagai alternatif, penghidap alahan nasi boleh mengambil sumber karbohidrat yang lain, terutamanya roti yang berasaskan tepung gandum atau jagung.

Namun, pes4kit hendaklah berhati-hati kerana ada kalanya, sumber lain juga boleh menyebabkan alahan kepada mereka. Sekiranya tidak pasti, dapatkan nasihat pakar berhubung perkara itu, katanya.

Semalam, portal Harian Metro menyiarkan kisah seorang remaja, Nor Shaf Reeka Lizawardi, 19, yang mengalami alahan terhadap nasi sejak berumur enam tahun.

Berikutan alahan dihadapinya, Nor Shaf Reeka cuba mengelak untuk menjamah nasi supaya tidak mengalami sakit perut dan timbulnya bintik merah pada badan.

Kisah Nor Shaf Reeka mula mendapat perhatian warganet selepas membuat pendedahan mengenai alahan dialaminya di TikTok.

namun lain kisahnya bagi remaja, Nor Shaf Reeka Lizawardi, 19, yang mengalami alahan terhadap nasi.

Bercerita lanjut, Nor Shaf Reeka yang menetap di Tanah Merah, Kelantan berkata, dia mengalami alahan terhadap nasi sejak berusia enam tahun.

Menurut Nor Shaf Reeka, doktor juga mengesahkan badannya mempunyai alahan tetapi tidak menyebut khusus ia berpunca daripada nasi atau makanan tertentu.

Bukan tidak pernah makan nasi langsung cuma boleh dikira iaitu hanya dua atau tiga kali saja dalam setahun.

Semuanya kerana alahan dialami kerana selepas makan nasi, saya akan sakit perut dan lebih teruk lagi timbulnya bintik merah pada badan.

Sejak itu, saya cuba elakkan dan setakat ini tiada masalah menjalani hidup tanpa menjamah nasi, katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Selain nasi, Nor Shaf Reeka yang juga anak kedua daripada empat beradik itu tidak memakan ayam, daging dan beberapa makanan laut seperti udang, ketam dan sotong.

Bukan soal geli tetapi entah kenapa saya berasa bentuk makanan itu seperti organ manusia jadi sukar untuk menelannya.

Alhamdulillah, keluarga memahami malah ibu (Siti Sahara Nordin, 47) yang bekerja sebagai jururawat pernah bertanya kepada doktor mengenainya.

Namun, doktor memaklumkan tiada sebab tertentu jika bukan kerana alahan sebaliknya ia atas pilihan saya sendiri, katanya.

Mengulas mengenai kisahnya yang mula tular sejak memuat naik video pendedahan mengenai alahannya di TikTok, Nur Shaf Reeka akur dengan semua komen diberikan oleh warganet.

Ada yang mengecam dan menganggap saya mengada-ngada kerana tidak tahu kisah di sebaliknya.

Namun, banyak juga komen positif diterima malah ada warganet berkongsi masalah sama iaitu tidak boleh memakan makanan tertentu.

Secara peribadi, saya tidak berasa rugi tidak dapat menjamah nasi khususnya seperti orang lain sebaliknya menerima kekurangan itu dengan seadanya kerana banyak lagi makanan lain boleh dimakan,katanya.HM