Kenali Khaysha juruterbang jelita MAS ini, “Seorang wanita hebat negara” (5Gmbr)

Kuala Lumpur : Tindakan rejim Z10n1s me­nyer4ng P4le$tin mendapat kec4man hebat dari penduduk seluruh dunia termasuk Malaysia sehingga tanda pagar I$r4elk0yak menjadi sohor kini sebagai tanda solidariti.

Susulan itu, netizen turut menggesa golongan selebriti atau influencer untuk menyebarkan kesedaran mengenai kekej4man z10n1s ini di platform masing-masing.

Bagi gadis Pesona Ahad, Khaysha Mohd. Faizal Sivanathan, 26, dia bersetuju dengan cadangan itu dalam usaha memupuk ke­sedaran orang ramai tentang isu-isu semasa.

Anak kelahiran Muar, Johor yang memiliki 267,000 pengikut di Instagram itu turut menasihatkan orang ramai supaya berpada-pada dalam menyuarakan sesuatu isu agar tidak melampaui batas.

Kepada wartawan, juruterbang syarikat pe­nerbangan Malaysia Airlines (MAS) ini berkongsi pandangan dan kisah dirinya.

Kosmo Ahad: Sudah berapa lama bergelar juruterbang?

Khaysha: Saya mula ber­khidmat di MAS pada Ogos 2018 dan sudah memasuki tahun ketiga bekerja bersama syarikat ber­kenaan.

Apa cabaran sebagai juru­terbang wanita?

Sejujurnya, bagi saya walaupun dipandang rendah oleh sesetengah pihak, tidak bermakna seorang wanita itu tidak boleh menjadi juruterbang yang bagus. Saya bernasib baik kerana dikelilingi rakan-rakan sekerja yang menghormati tanpa mengira pangkat sama ada kapten, kru penerbangan hingga kru teknikal.

Sektor penerbangan antara industri yang terjejas. Bagaimana dengan Khaysha?

Seperti diketahui, syarikat penerbangan di seluruh dunia menghadapi terjejas akibat pandemik.

Saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berbakti kepada Malaysia Airlines. Harap pandemik ini segera pulih.

Sekiranya tidak bertugas di awan biru, apa yang anda lakukan?

Luangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan. Saya suka membaca buku, belajar memasak dan bersenam. Saya juga suka mengait dan meluncur ais.

Bagaimana dengan sambutan Aidilfitri baru-baru ini?

Sederhana tetapi meriah. Biasanya kami sekeluarga pulang beraya (Aidilfitri dan Aidiladha) di kampung keluarga sebelah ibu di Muar, Johor kerana bapa berbangsa India. Saya juga me­nyambut Hari Deepavali (sebelah bapa). Tahun ini lebih meriah kerana dapat beraya bersama adik yang sebelum ini belajar di Melbourne, Australia.

Pernah bekerja di hari raya?

Sudah tentu pernah, semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali pada tahun pertama bergelar juruterbang. Sudah pasti sedih tetapi demi tugas saya akur.

Rata-rata netizen mahu influencer menyebarkan ke­sedaran terhadap
kekejaman I$r4el. Apa pendapat anda?

Setiap orang mempunyai hak terhadap apa yang mereka ingin kongsikan di media sosial. Ya, saya setuju media sosial merupakan medium untuk kita saling ingat-mengingati.

Biasanya orang yang memiliki wajah cantik menarik perhatian ramai. Ada tak yang mengusik nakal?

Ada, tetapi saya anggap mereka cuma mahu beramah mesra sahaja.

Ada yang datang menegur, mengajak rakam gambar, tidak kira lelaki atau wanita, malah kanak-kanak pun ada. Saya okey sahaja.

Nasihat anda untuk netizen di Malaysia?

Nasihat saya kepada orang ramai ibarat peringatan buat diri sendiri juga.

Saya berharap setiap maklumat yang dikongsikan di media sosial memberikan kebaikan dan sama-sama membangun menjadi satu kekuatan buat negara sendiri dan juga negara-negara lain, Malaysia Boleh.Credit Kosmo.