Kemew4han d1sebalik s1ndiket, Dtuk Ser1 p4lsu kini dit4han!

Shah Alam : Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga, patut lah mereka hidup dalam kemewahan dari jalan yang tidak sah rupanya kata Netizen apabila kisah usahawan kosmetik pantai timur viral dua hari lalu bermacam macam tekaaan neziten siapalah gerangan usahwan terbabit.

Sinar melaporkan Seorang us4hawan kosmetik bergelar Datuk Seri serta adik lelakinya ditahan polis dalam serbuan di Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan kerana dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran d4dah antarabangsa.

Ahli perniagaan berusia 31 tahun itu serta adiknya yang juga seorang anggota tentera berusia 25 tahun ditahan sekitar jam 4.30 petang, Selasa lalu.

Kita menahan dua lelaki warga tempatan menaiki kenderaan jenis Ford Mustang dan merampas d4dah jenis sy4bu seberat 126.85 kilogram yang dibungkus dalam bungkusan teh Cina bernilai kira-kira RM5 juta, katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, hari ini.

Arjunaidi berkata, pada kad perniagaan lelaki menyatakan dirinya Datuk Seri, namun hasil semakan mendapati namanya tiada.

Kemungkinan dia menggunakan gelaran itu secara tidak sah,katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan pihaknya menahan tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia berusia 32 tahun hingga 43 tahun di kawasan sama.

Dua lelaki warga tempatan itu adalah ahli sindiket ini manakala lelaki warga asing yang pasportnya tamat tempoh dipercayai orang tengah bagi urusan jual beli d4dah.

Pemeriksaan mendapati kesemua mereka positif d4dah dan salah seorang daripada mereka mempunyai 19 rekod jenayah lampau, katanya.

Beliau berkata, modus operandi sindiket berkenaan adalah menjadikan Malaysia sebagai negara transit sebelum mengedarkan bekalan d4dah itu ke negara jiran.

Siasatan lanjut mendapati, dadah jenis sy4bu itu diseludup dari negara jiran yang terletak di utara tanah air seterusnya melalui Pantai Timur ke Pantai Barat sebelum diedarkan di negara jiran lain,katanya.

Arjunaidi berkata, polis merampas empat buah kenderaan iaitu Ford Mustang, Nissan Almera, Toyota Innova dan Honda HRV dalam dua serbuan itu.

Kesemua suspek ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta D4dah Berbahaya 1952, katanya Sinar