Kegembiraan bertukar traagedi, ajaalnya disaksikan rakan rakan!

Pasir Putih : Semalam satu video tular menunjukkan sekumpulan remaja menaiki motosikal sambil berlumba santai dan disaksikan rakan rakan ditepi jalan dengan merakamkan aksi tersebut menggunakan telefon bimbit mereka.

Aksi tersebut dirakam di jambatan Kampung Banir Belikong Selising Pasir Putih, tanpa diduga mereka satu kemalangan m4ut meragut rakan mereka sendiri bila m4ngsa salah seorang dari mereka yang menunggang motosikal terbabit telah bertembung dengan sebuah kereta diatas jambatan tersebut.

Sinar Harian melaporkan seorang remaja m4ut setelah motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 2 Jalan Tasik Pauh-Banir Belikong, Selising di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7.10 malam itu, Mohamad Daniel Hakim Rosdi, 16, dari Kampung Gong Jering men1nggal dunia di lokasi kerana cedera parah di kepala sementara pemandu kereta, Nur Afiq Aiman ​​Abdul Rahman Halawa, 25, tidak cedera.

Difahamkan, dalam kejadian itu, kereta yang dipandu oleh Nur Afiq Aiman ​​dari Banir Belikong menghala ke Tasik Pauh dan setibanya di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang oleh remaja tersebut dipercayai memasuki jalan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Paling memilukan bilamana kemalangan tersebut berlaku ada antara mereka yang meninggalkan tempat kejadian dan ada juga cuba mengalih m4ngsa yang p4rah menarik ketepi jalan.

M4ngsa disahkan meninggal dunia ditempat kejadian apa yang berlaku sungguh memilukan kegembiraan mereka bermotosikal berakhir dengan tr4gedi pilu. Al fatihah.