Kecewa sikap majikan buangnya kerja, dia trtekan nekad lwn diakhir hldupnya!

Ipoh : Apa yang berlaku sungguh memilukan, ramai yang turut simpati nasib Uncle K Kathirsean, 52, dia sempat memuat naik Video kecewa dengan pengurusan majikannya yang mengantung tugas dan membuangnya.

Sinar Harian melaporkan Seorang bekas pengurus Kilang nekad melakukan rempuhan dikilangnya dengan menggunakan kereta kerana ber4ng dia dig4ntung kerja, seorang bekas pengurus itu nekad bertindak merempuh masvk kawasan kilang dengan memandu kereta jenis Honda Civic di Kawasan Perindustrian Chemor di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.42 petang tadi, lelaki berusia 52 tahun itu turut melakukan khi4nat dengan terus memandu merempvh pejabat kilang hingga menyebabkan kerugian dianggarkan berjumlah RM1 juta.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, suspek memandu kereta tersebut dengan terus merempvh ke dalam bahagian fasa 1 kilang yang terletak kira-kira 500 meter dari pintu utama.

Selepas kereta berhenti, suspek telah membaling botol petrol ke dalam pejabat sumber manusia sebelum dia kembali memandu dengan merempvh bilik ‘Production Labelling Department’ sehingga menyebabkan kebakaran.

Bagaimanapun, kebakaran itu berjaya dipadamkan oleh pengawal keselamatan dan kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada pekerja kilang lain, katanya.

Menurutnya, suspek tidak membawa sebarang senjata dalam kejadian itu.

Selepas melakukan perbuatan khi4nat tersebut, suspek telah beredar meninggalkan kawasan kilang melalui pintu utama dengan berjalan kaki menghala ke arah kiri kilang.

Pasukan bomba tiba bagi memastikan kebakaran dipadamkan sepenuhnya. Anggaran kerugian yang dialami oleh pihak kilang adalah lebih kurang RM1 juta, katanya.

A Asmadi berkata, polis kemudiannya menerima laporan kem4langan m4ut melibatkan suspek pada jam 7.45 petang di Jalan Kuala Kangsar di depan kawasan Perindustrian IGB Tasek.

Suspek disyaki dilanggar sebuah treler ketika dalam perjalanan melarikan diri dari tempat kejadian. Saksi awam menyatakan suspek seolah-olah sengaja melintas jalan ketika kejadian.

Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan dan punca kejadian dipercayai suspek tidak puas hati atas penggantungan kerja atas alasan masalah disiplin, September lalu,katanya.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 dan 448 Kanun Keseks4an serta Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semoga kem4tian Uncle Kathirsean mendapat keadilan sewajarnya demi keluarganya dan mohon siasatan seadil adilnya dalam perkara ini sebab dia berusaha untuk melawan apa yang lakukan kepadanya seseolah dia tidak bersalah dan dia m4ngsa keadaan. R.I.P Uncle.