Kamulh HER0 abg , demii adk trsayang diriimu K0RBAN nywa (5gmbr)

Batu Pahat : Mereka berdua amat rapat selalu membuat aktiviti bersama termasuk memancing, kini mereka terpisah selamanya selepas siabang disahkan meninggal dunia akibat lem4s ketika selamatkan adiknya.

Sinar melaporkan seorang remaja yang lem4s semasa mandi di parit bersama adik dan lima rakannya di Jalan Taman Manis 6, Parit Raja di sini pada Selasa ditemukan pagi Rabu.

M4yat Mohd Naqiuddin Adnan, 16, ditemukan pada jam 8.47 pagi pada jarak kira-kira lima meter di dasar parit berkenaan dari lokasi awal m4ngsa dilaporkan tenggelam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Shamin Mohamed Salikin berkata, pihaknya mendapati mangsa lem4s dalam parit yang berkedalamanan tiga meter dan lebar 10 meter.

Semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) pihak bomba menggunakan teknik ‘surface searching’ dari lokasi m4ngsa lem4s ke arah arus air yang bertentangan iaitu arah gate air.

Operasi dilakukan pada jarak lebih kurang 1 kilometer. Operasi yang disambung semula jam 7 pagi ini (Rabu) berjaya menemukan m4ngsa selepas kerja-kerja SAR dimulakan semalam tidak menemukannya,katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Dalam kejadian pada jam 5.17 petang Selasa, remaja berkenaan bersama adik dan lima rakannya mandi di parit tersebut sebelum lem4s.

Menurut Mohamad Shamin, m4ngsa lem4s selepas menyelamatkan adiknya yang terjatuh dalam parit dengan menolaknya ke bahagian tebing parit.

Bagaimanapun selepas berjaya menolak adiknya, m4ngsa tiba-tiba dibawa arus ke tengah parit sebelum hilang,katanya.

Katanya, seramai 11 anggota dari BBP Ayer Hitam dengan satu jentera Fire Rescue Team (FRT) dan satu Utiliti Pajero terlibat dalam operasi SAR berkenaan.

Semoga ibunya Puan Oya dan suaminya Pak Cik Adnan tabah dengan apa yang berlaku yang maha esa lebih sayangkan Naqiuddin, demi adik tersayang dia pergi buat selamanya dijemput ilahi. Al fatihah.