Kami hntar sihaat balik ka ku ,” Hnya 6bln Allah pinjam syg buat kami ” (4Gmbr)

Bayan Lepas : Amat berat untuk terima semua ini namun ini lah hakikat yang terpaksa pasangan suami isteri Suraya Mohd Taib dan Mohd Nurhafifi terima.

Kehadiran anak sulung dalam hidup sungguh bermaknan buat mereka sekeluarga dijaga dengan penuh kasih sayang namun diusianya 6 bulan yang maha esa menjemput nya.

BH melaporkan Seorang bayi lelaki berusia enam bulan men1nggal dunia ketika berada di bawah jagaan pengasuhnya di sebuah taska di Bukit Gedung, di sini, semalam.

Bayi yang dilaporkan tidak sed4rkan diri pada awalnya itu dihantar ke Klinik Kesihatan Bayan Baru jam 9.30 pagi, sebelum disahkan men1nggal dunia oleh doktor.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan, berkata siasatan awal mendapati b4yi itu dihantar ke taska berkenaan oleh ibu bapanya jam 6.30 pagi seperti biasa sejak tiga bulan lalu.

Beliau berkata, siasatan ke atas ibu bapa bayi itu dan pekerja taska juga mengesahkan m4ngsa berada dalam keadaan baik dan sihat serta tidak menunjukkan sebarang masalah ketika dihantar ke premis terbabit.

Selepas bayi itu dihantar oleh ibu bapanya, pekerja taska berusia 20 tahun itu tertidur bersama mangsa, namun sebaik tersed4r dia meninggalkannya seketika jam 8 pagi untuk ke tandas.

Kira-kira 30 minit kemudian, wanita itu datang semula dan mendapati b4yi lelaki berkenaan sudah tidak sedarkan diri dan kelihatan pucat lalu cuba memberikan bantuan pernafasan, tetapi tidak berjaya, katanya di sini hari ini.

Anbalagan berkata, b4yi itu kemudian dihantar ke klinik oleh pengusaha taska dan doktor kemudian mengesahkan m4ngsa sudah men1nggal dunia sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang di sini.

Hasil bedah siasat mengesahkan kematian bayi itu disebabkan pend4rahan lama di kep4la. Pihak hospital turut membuat saringan COV1D19 ke atasnya dan mendapati ia negatif,Kes diklasifikasikan sebagai m4ti mengejut, katanya.

Sementara itu, ibu m4ngsa, Suraya Mohd Taib, 24, berkata dia menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pihak taska jam 9.15 pagi.

Saya dimaklumkan anak, Muhammad Nur Fatih tidak sedarkan diri dan dibawa ke klinik untuk rawatan lanjut.

Ketika kejadian saya dan suami sedang bekerja di sebuah kilang sebelum bergegas ke lokasi dan dikejutkan dengan berita kem4tian anak.

Kami reda dan tidak menyalahkan sesiapa atau memperbesarkan hal ini serta menganggap Allah SWT pinjamkan anak untuk sementara,katanya jen4zah Muhammad Nur dibawa pulang ke kampungnya di Pengkalan Hulu, Perak untuk dikebumikan. Al fatihah.