Jnazah mgsa kmlangan di Demit slmt dsemadikn (6Gmbr)

Kota Bharu : Seorang peniaga kedai menceritakan detik cem4s semasa kejadian tersebut dia mendakwa mendengar siren polis sebelum bunyi dentum4n kuat disusuli percikan api dari bawah trak Black Maria membawa 29 banduan yang terbabit kem4langan dengan sebuah motosikal di Demit di sini pada Selasa.

Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu mer4gut ny4wa penunggang motosikal, Muhammad Khalis Mifzal Mohd Kamal, 21, akibat dig1lis kenderaan tiga tan berkenaan.

Abang kepada arwah Khalis iaitu Mubin meluahkan rasa kehilangan permergian adik tersayang memandangkan mereka berdua memang rapat.

Dalam pada itu peniaga yang menjadi saksi kem4langan tersebut, Zizah Yusof, 51, berkata, dia ketika itu berada di kedai makannya yang terletak kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian.

Katanya, dia melihat motosikal jenis Yahama LC terperosok di bawah trak sebelum ternampak api menyala lalu memberitahu anggota pengiring dari kereta unit peronda polis (MPV) yang berhenti di hadapan kedainya.

Polis segera berlari menyelam4tkan kesemua banduan dengan mengarahkan mereka turun.

Banduan dalam keadaan bergari keluar dan dibawa naik ke sebuah lagi Black Maria bersama-sama banduan lain yang berhenti di hadapan, seterusnya beredar dari lokasi, katanya ketika ditemui di tempat kejadian pada Selasa.

Zizah berkata, sejak dua tahun berniaga, sudah dua kali kem4langan berlaku dan sebelum ini seorang penunggang motosikal juga m4ut di tempat sama akibat dig1lis sebuah treler.

Laluan utama ini sentiasa sibuk dengan kenderaan termasuk kenderaan berat, Kebanyakannya laju kerana baru melepasi lampu isyarat dari Kubang Kerian dan perlu melalui sebuah jambatan yang sempit, Ini yang mengund4ng bah4ya, katanya.

Kem4langan pada Selasa berlaku apabila mangsa dipercayai terl4nggar belakang sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu seorang wanita.

M4ngsa kemudian terc4mpak ke laluan bertentangan dan dig1lis Black Maria datang dari arah Pengkalan Chepa.

Trak berkenaan membawa seramai 29 banduan dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk ke Pusat Tahanan Kuarantin C0V1D19 di Batu Jong, Kuala Krai.

Sementara itu, abang ipar mangsa, Afnan Hasan Suhaimi, 34, berkata, dia mengetahui kejadian itu menerusi panggilan telefon daripada kenalannya sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, mangsa dalam perjalanan ke Pusat Latihan Memandu di Pengkalan Chepa untuk belajar memandu dan tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum ini.

Cuma pagi tadi saya rasa pelik kerana ketika saya bangun dia sudah pun keluar lebih awal dengan menunggang motosikal.

Memang tahu dia ambil lesen memandu, katanya ringkas kerana masih terkejut dengan kejadian tersebut.

M4yat m4ngsa dihantar Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bed4h si4sat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian lewat 9.45 malam tadi.Al fatihah.