Jenzah kak ijaah slmt dismadikn, majliss birthdy cucuu brtukar tahlil!

Batu Pahat : Majlis kesyukuran sempena hari lahir cucu seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) hari ini bertukar majlis tahlil apabila wanita itu ditemui m4ti dibunuh dalam semak di sebuah gudang kosong Jalan Ayer Hitam-Yong Peng dekat sini, semalam

Halizam Hamzah, 43, sepatutnya bersama-sama keluarganya meraikan sambutan hari lahir kedua Muhammad Aryan Robel namun majlis itu bertukar menjadi majlis tahlil dan bacaan Yassin.

Anak m4ngsa, Nur Albaniah Harun, 24, berkata, ibunya sepatutnya balik ke rumah pada jam 8 malam kelmarin tetapi sehingga jam 1 pagi semalam kelibatnya tidak muncul menyebabkan ahli keluarga mencarinya di sekitar pekan Yong Peng termasuk di gerai tauhu bakar tempatnya bekerja.

Kami mencarinya dengan bantuan kenalan dan rakan anggota Rela tetapi gagal menemukannya, katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Selatan, Yong Peng hari ini.

Katanya, arw4h ibunya terpaksa melakukan tiga pekerjaan termasuk sebagai tukang cuci bagi menanggung dua adik yang masih bersekolah selepas berpisah dengan suami sebulan lalu.

Menurut Nur Albaniah, ketika m4yat ditemukan barang kemas dan telefon bimbit milik ibunya masih berada di sisi.

Kejadian ini benar benar mengejutkan kami sekeluarga, katanya jenazah ibu enam anak itu dikebumikan di Tanah Perkvburan Islam Geriba, Yong Peng, sebaik selesai proses bed4h siasat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat.

Pagi tadi seorang lelaki warga tempatan berusia 42 tahun yang juga bekas suami m4ngsa direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Perintah tahanan reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret Nurul ‘Izzati Mohamad bermula hari ini sehingga 14 November ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, m4yat wanita itu ditemui penduduk yang melalui kawasan berkenaan pada 8 pagi semalam sebelum memaklumkan kejadian kepada polis.

Katanya, sepasukan polis dikejarkan ke tempat kejadian bersama Pasukan Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) daripada Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor untuk membantu siasatan.

Kes mempunyai unsur unsur jen4yah dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.

Kejadian yang menimpa Halizam turut tular di media sosial kelmarin selepas dia tidak pulang ke rumah selepas selesai berniaga pada 8.30 malam.

Semoga keluarga arwah tabah kehilangan ibu tersayang, ibunya seorang yang gigih berkerja selepas bercerai dengan ayah mereka dia berkerja sebagai tukang cuci, jual tauhu bakar dan menyertai rela demi mencari rezki untuk dua lagi anak yang masih bersekolah.

Walaupun ada antara anaknya yang sudah berkahwinan dia tidak mengharapkan mereka kerana mereka sudah ada tanggungjawab dalam kehidupan masing masing semoga roh kak ijah tenang disana dan pelaku dapat dibawa kemuka pengadilan. Al fatihah.