Itu perkara peribadi, kurangkan kenyataan elak dkecam!

Shah Alam : Itu perkara peribadi, kurangkan kenyataan elak dkecam! Kenyatan Abg Buger (Mohd Asri Hamid) dalam satu temurah bersama PPIM pada 9 Ogos lalu menguris banyak pihak terutama polis tentera bila mana dia menyatakan dalam temuramah tersebut Polis dan Tentera tidak menjaga solat.

Sudutan temuramah di fb Page PPIM tersebut kini tular dan menguris banyak pihak, Netizen juga memohon Abg Burger kurang membuat kenyataan dihadapan media jika ada maklumat cukuplah salurkan kepada pihak berwajib.

Mereka melihat sekarang Abg Burger sekarang seseolah sudah menjadi selebriti ditemuramah disana sini dan adakala apa yang diucapkan menimbulkan ketidak puasan hati banyak pihak.

itu-perkara-peribadi-kurangkan-kenyataan-elak-dkecam

Semalam Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid melalui wawancara bersama Sinar Harian dia mendedahkan pihak penguat kuasa tidak pernah meminta suapan daripadanya selama 20 tahun berniaga.

Katanya, bagaimanapun tindakan pilih bulu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan beliau sebagai peniaga burger di tepi jalan tidak dilayan seadilnya.

Ketika PKP ramai orang yang berdepan dengan kesukaran terutama bagi peniaga-peniaga kecil seperti saya. Waktu perniagaan kami dihadkan setakat jam 10 malam tetapi mereka (kedai mesin judi) boleh beroperasi.

itu-perkara-peribadi-kurangkan-kenyataan-elak-dkecam

Saya tahu tentang ini sebab mereka yang pergi main mesin judi beli burger dengan saya dan pengusaha kedai judi haram ini juga beli burger dan belanja pelanggan mereka, katanya pada Wacana Sinar Harian Siri Ke186 bertajuk Isu Judi: Fitnah atau Realiti? di Studio F Kumpulan Karangkraf di sini hari ini.

Turut menjadi panelis ialah Penganalisis Jenayah, Kamal Affandi Hashim; Ketua Aktivis Persatuan pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Othman dan Azlan Shah Nabees Khan selaku moderator.

Beliau yang mempunyai lebih 100 cawangan gerai burger menyatakan pihak berkuasa juga tidak pernah memeras ugut beliau kerana kesalahan menjaja.

itu-perkara-peribadi-kurangkan-kenyataan-elak-dkecam

Pihak penguat kuasa tidak ganggu perniagaan gerai burger saya melainkan mereka menerima rungutan.

Soal rampas dan sita gerai itu perkara biasa dalam perniagaan seperti ini. Saya ada tapak di Kuala Lumpur dan Gombak, Selangor tetapi tidak diusik. Ada juga yang baharu berniaga dua minggu atau dua bulan sudah diganggu,” katanya.

Ditanya, mengapa tidak memohon lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan, Asri berkata, soal permohonan lesen daripada PBT untuk menjaja bukan sesuatu yang mudah.

Bukan semua PBT keluarkan lesen berniaga tepi jalan. Sebagai contoh kalau nak buka kedai atau premis restoran ada prosedur operasi standard (SOP).

Sebab itu bila Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dilantik, beliau telah meminta supaya PBT memudahkan urusan memberikan lesen,katanya.