Istri mrauung lihatt jsad suamii dn 2 ank, skecil bertnya mna ayh dn abg!

Kampar : Dalam sekelip m4ta sahaja dah tiadi, mereka sekeluarga ada sempat makan tengah hari bersama, kata Normah Khalid, 66, ibu mentua kepada seorang pemandu tr3ler yang m4ut bersama dua anak lelakinya dalam kemalangan tr3ler muatan simen terbabas dan terbalik di Kilometer 10 Jalan Malim Nawar Kota Bharu di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, Hafize Nizam Ali Supian, 30, bersama dua anak lelakinya, Muhammad Afeef Rafiqie, 9, dan Arrian Nuh, 6, m4ut di tempat kejadian.

Normah berkata, sebelum kejadian arw4h dan isterinya, Shamshira Mohd Norizin, 31, dari kediaman mereka di Langkap membawa kenderaan berasingan untuk makan tengah hari di sebuah restoran di sekitar Kampar kerana Hafize Nizam, kemudiannya akan meneruskan perjalanan mengambil muatan simen di Gopeng.

Pada mulanya arw4h memang tak ada niat hendak bawa dua anaknya itu, tetapi entah mengapa selepas selesai makan mereka menangis nak ikut sama.

Kalau nak diikutkan sebelum ini mereka tak pernah ikut ayah mereka pergi kerja, tapi budak mungkin mereka teruja nak naik treler, katanya ketika ditemui di Unit F0rensik Hospital Kampar di sini hari ini.

Menurutnya, mereka menerima panggilan dari rakan sekerja m4ngsa memaklumkan kejadian, jam 10.30 malam dan bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat sendiri kem4langan itu.

Normah berkata, mereka menunggu hampir tiga jam di lokasi melihat sendiri semua m4ngsa dikeluarkan sebelum dibawa ke hospital.

Makcik tak sanggup nak tengok lama-lama..anak makcik (isteri arw4h) pun sudah tidak keruan, menangis dan meraung melihat keadaan treler yang remuk,katanya.

Katanya, anak bongsu arwah, Adeeb Hud, 2, yang tidak memahami apa yang terjadi ada bertanya di mana ayah dan dua abangnya.

Ada dia tanya mana ayah, tetapi kami hanya mampu mengatakan mereka semua sedang tidur, katanya.

Arw4h tidak menunjukkan perubahan ketara dan kali terakhir dia bertemu arw4h dua cucu pada Sabtu lalu di kediamannya di Chenderong Balai, Teluk Intan.

Arw4h menantu baik dan suka membantu ahli keluarga lain dan makcik juga memang sangat rapat dengan cucu sebab setiap hari datang bermain di rumah.

Kami reda dan anggap ini ujian terhadap kami,katanya

Isteri arw4h enggan ditemubual kerana terlalu sedih dan tidak bermaya dipapah ahli keluarga keluar dari unit forensik.

Difahamkan, jen4zah ketiga-tiga m4ngsa akan dikebumikan hari ini, di Chenderong Balai, Teluk Intan.Al fatihah.