Isteri mngadung 2jam trperangkap dlm air banjir, suami hilang dbawa arus (5gmbr)

Kluang : Seorang wanita mengandung berdepan detik ngeri apabila Proton Waja yang dinaiki bersama suami dibawa arus air banjir malam tadi.

M4ngsa yang hanyut bersama kenderaannya jam 8 malam tadi sempat memecahkan cermin kereta Proton Waja yang dinaiki untuk menyelamatkan isterinya, sebelum wanita itu diselamatkan orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, mangsa Md Rajihan Junaidi, 28 g4gal diselam4tkan apabila dia yang masih berada dalam kereta, dihanyutkan arus der4s.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng, berkata laporan kejadian dibuat isteri m4ngsa, Khairunnisa Ibrahim, 24, jam 5.30 pagi tadi di Balai Polis Kahang.

Menurut laporan itu, mereka suami isteri dalam perjalanan dari Mersing menuju ke bandar Kluang.

Ketika sampai di Batu 18 Jalan Kluang Kahang kira-kira 5.30 petang semalam, pasangan itu dikatakan meredah laluan yang dinaiki air.

Tiba di pertengahan jalan, kereta yang dinaiki tiba-tiba dibawa arus deras ke bahagian kanan jalan menyebabkan mangsa bertindak memecahkan cermin kereta bagi menyelamatkan isterinya, katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Menurut Hang Seng, usaha mencari dan menyelamat dibuat sejak malam tadi namun masih g4gal menemui m4ngsa.

BH sebelum ini melaporkan seorang lelaki dipercayai hanyut bersama kenderaannya di Batu 18 Jalan Kluang-Kahang, jam 8 malam tadi selepas menyelamatkan isterinya sewaktu mereka cuba melalui jalan berkenaan.

Sama sama kita doakan Suami Puan nisa ditemui dengan selamat berat didugaan untuk dirinya disaat sedang mengandung.