Isteri cerita detik trakhir suami, dia tiba2 kejang ketika mandikn ayah (4gmbr)

Tapah : Abang memang sayangkan ayah, Dia sangat mengambil berat dan teliti menjaga arwah bapanya.

Demikian kata Nor Azlina Jawahir, 42, isteri arwah Zulfahmi Hasbollah, 46, yang men1nggal dunia sebelum diikuti bapanya, Hasbollah Ahmad, 75, yang menghembuskan nafas terakhir 12 jam kemudian pada pukul 10 malam kelmarin.

Menurut wanita itu, arwah suaminya ditemui tidak sedarkan diri semasa memandikan bapa mertuanya di bilik air rumah mereka di Kampung Baru Temoh Stesen, Temoh di sini pada pukul 10 pagi kelmarin.

Nor Azlina menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi objek terhempas dari bilik air sebelum melihat suaminya terduduk dalam keadaan kejang.

Tangan arwah suami saya masih bersabun, saya yang panik cuba menepuk badan suami namun dia tidak memberikan sebarang reaksi.

Saya menghubungi talian 999 dan mereka meminta saya memberikan bantuan pernafasan sementara ambulans sampai, namun tiada tindak balas daripadanya, katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Menurut Nor Azlina, semasa dia melakukan bantuan pernafasan itu, bapa mertuanya yang duduk di kerusi di belakangnya tiba-tiba jatuh tersembam menyebabkan luka di muka selain patah hidung.

Hasbollah kemudian dikejarkan ke Hospital Tapah di sini untuk rawatan, manakala Zulfahmi disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di rumah.

Warga emas itu dibenarkan pulang ke rumah bagaimanapun keadaan kesihatannya mula merosot pada pukul 4 petang.

Pada mulanya kami sangka dia (Hasbollah) penat sebelum muntah. Sebelum pergi, kami beritahu abang (Zulfahmi) sudah tiada, air matanya mengalir, katanya.

Zulfahmi mempunyai penyakit saluran j4ntung tersumbat, d4rah tinggi dan kencing m4nis.

Bedah siasat mendapati kem4tian lelaki itu akibat serangan j4ntung.

Dalam pada itu, Salasiah Yaacob, 64, reda dengan pemergian arwah suami serta anaknya itu dan menganggap ia sebagai ketentuan Allah Al fatihah.