Ini takdir buat mu syg, abg redha dan akan jaga ank ank kita sebaiknya!

Kepala Batas : Permergian insan tersayang yang bergelar isteri dan ibu pada anak anak amat memeritkan Mohd Nurifahmi Hassan, dia diduga disaat anak ke 4nya baru berusia 4 bulan lahir kedua isteri tersayang pergi buat selamanya dijemput ilahi.

Isterinya merupakan seorang jururawat Hospital Kepala Batas telah menghembuskan nafas terakhir semalam setelah 8 hari bertarung nyawa akibat sesak nafas.

Assalamualaikum, Sy bg phk Norwahidah Abd Raup ingin memohon maaf bg phk dia jika ada kesalahan yg dia lakukan, mohon semua maafkan dia, halalkan makan minum dia.

Jika ada yg berhutang atau dia ada hutang apa2 dengan kalian bole beritahu sy, Terima kasih sb masih x putus2 tanyakan keadaan & sentiasa doakan dia, Sy hargai semua perngorban anda..terima kasih byk, Tiada apa yg bole bls jasa kalian, Semoga yg baik2 berbalik pd kalian.

Dalam pada itu Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang memuani naik berita sedih ini apa yang berlaku kepada kakitangan mereka.

” Dukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah kehilangan seorang warga kerja berwibawa, permata yang menyumbang bakti penuh hemah di fasiliti JKNPP.

Allahyarhamah Norwahidah binti Abd. Raup, Jururawat Terlatih U29 dari Hospital Kepala Batas, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah meninggal dunia pada 17 Disember 2020 jam 11.15 pagi.

Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga allahyarhamah dan pemergian beliau merupakan kehilangan yang sangat dirasai oleh pihak JKNPP.

Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.

Arwah Norwahidah berasal dari Parit Buntar meninggal dunia akibat sesak nafas dan koma selama 8 hari, dia pergi buat selamanya setelah menjalani rawatan di ICU Meninggalkan 4 orang anakanak yang masih kecil termasuk yang bongsu baru berusia 4 bulan.

Apa yang berlaku mengundang pilu keluarga dan insan insan yang mengenali arwah.

Moga di beri kekuatan buat Mohd Nurilfahmi Hasan Basri dan kluarga..moga roh Norwahidah Abd Raup tenang disana dan dtempatkan dikalangan org yg beriman. – Juliana Iman Amani.

Jenazah akan dikebumikan di masjid sungai dungun bagan serai perak, Semoga fahmi terus tabah dan kuat demi anak anak yang maha esa lebih sayangkan isterimu. Al fatihah.