Indahnya pngakhiran mreka, istri pergi suamii myusul hari yg sama!

Hulu Terengganu : Kasih seorang lelaki terhadap isterinya dibawa sampai hujung ny4wa apabila dia meninggal dunia 15 jam selepas wanita yang amat dikasihinya itu pergi buat selama-lamanya akibat b4rah usvs kelmarin.

Wan Zainun Wan Chik, 84, men1nggal dun1a pada pukul 6.48 pagi, manakala suaminya, Wan Yahya Wan Husein, 87, menghembuskan n4fas terakhir kira-kira 15 jam kemudian iaitu pada pukul 9.40 malam akibat jangkitan kum4n pada parv-parv.

Wan Zainun meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, manakala suaminya men1nggal dun1a di rumahnya di Taman Dato’ Abdul Rahman, Kuala Berang di sini.

Anak sulung pasangan itu, Wan Rahimah, 63, memberitahu, tahap kesihatan kedua-dua orang tuanya mula merosot pada bulan lalu.

Katanya, bapanya mengalami masalah p4ru-p4ru pada 15 Oktober lalu sebelum ibunya dima­sukkan ke hospital selepas disahkan menghidap b4rah usvs tahap akhir lima hari kemudian.

Ayah amat sugul dan bagaikan hilang separuh nyawa selepas emak dimasukkan ke hospital,Hubungan mereka memang sangat rapat seperti belangkas.

Dua hari lalu (Isnin), kami adik-beradik bawa ayah jumpa emak,Dalam pertemuan tera­khir hampir sejam itu, ayah pegang erat tangan dan renung wajah emak dalam-dalam sambil menangis,katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Tambahnya, air mata lelaki itu sekali lagi tumpah apabila ibunya disahkan men1nggal dunia pagi kelmarin.

Menurut Wan Rahimah, walaupun uzur, bapanya yang turut mengalami gangguan s4raf me­nguatkan semangat untuk hadir pada upacara pengebumian ibunya di Tanah Perkvburan Islam Jalan Pusara, Kuala Berang di sini pada pukul 3 petang.

Kami adik-beradik tidak me­nyangka kehilangan bapa selepas ibu meninggal dunia.

Jen4zah ayah selamat dikebumikan di tanah perkvburan sama pada pukul 9 pagi tadi (semalam). Walaupun masih terkejut kehilangan ibu bapa pada hari sama, kami reda dengan ketentuan Allah, katanya.

Wan Rahimah berkata, ibu ­­bapanya ialah pasangan yang romantik dan tidak pernah sekali pun bergaduh besar.

Mereka selalu membuat keputusan bersama sepanjang 64 tahun berkahwin, katanya.

Wan Rahimah berkata, ibu bapanya membesarkan mereka lima beradik sebagai peniaga kedai runcit dan rempah ratus sejak tahun 1970an sebelum perniagaan itu diwarisinya pada tahun 2008. Al fatihah.