Ikram prgi jua setelah lebih 48jam brtrung nywa dHospital!

Dengkil : Seorang Mahasiswa UITM pelajar Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur UTMKL yang telah kembali ke rahmatullah pada 12 November akibat kemalangan jalan raya pada 10 November lalu.

Sebelum ini Kosmo Online melaporkan seorang penunggang motosikal Y15ZR p4rah pada kepala dan b4dan selepas terbabit dalam kem4langan jalan raya dengan sebuah kenderaan di Jalan Dengkil Banting di sini, pada 10 Nov lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengahari itu, motosikal jenis Yamaha yang ditunggang mangsa, Ahmad Ikram Omar 24, mengalami kerosakan teruk selepas bertembung dengan kenderaan jenis Proton Saga yang dipandu seorang warga emas.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, sebelum kemalangan berlaku, kenderaan yang dipandu Lee Boon PinĀ  Ong Tee berusia 82 tahun itu datang dari arah Banting menuju ke Dengkil.

Sampai di lokasi kemalangan Jalan Dengkil Banting, pemandu kereta telah masuk ke lorong bertentangan untuk memotong kenderaan yang berada di hadapannya.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba m4ngsa yang menunggang motosikal datang dari arah bertentangan telah bertembung dengan kereta yang dipandu oleh warga emas terbabit.

M4ngsa yang tidak dapat mengawal motosikal yang ditunggangnya lalu terjatuh dan mengakibatkan keceder4an.

M4ngsa kemudiaanya telah dibawa ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan, bagaimanapun warga emas terbabit tidak mengalami apa-apa kecederaan, katanya.

Katanya, siasatan lanjut akan dilakukan dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jenazah selamat disemadikan setelah selesai segala urusan di Masjid Jamek Sultan Hisamuddin BBST.

Moga keluarganya tabah permergian yang amat dirasai ramai orang sayang Ikram insan yang sangat baik disebabkan kecuaian orang lain dia menjadi m4ngsa. Al fatihah.