Ikhtiar seorg bpa 7ank ” jual ph0ne Rm50 utk beli susu ank 0KU dn telur ” (5gmbr)

Kajang : Jika kita rasa diri kita susah ada lagi insan insan diluar sana lagi susah, Ini yang dikongsi seorang pelayar media sosial yang merupakan seorang Ustaz yang ditugaskan untuk menjaga dan mengagihkan bantuan makanan (food bank) di Masjid Bandar Seri Putra Bangi, Kajang Selangor.

Mengikut facebook Ustaz Abu Mousa Fahmi apa yang berlaku menyentuh perasaannya bilamana seorang lelaki, suami dan ayah kepada anak anak ini terpaksa menempuhi detik sukar bila hilang kerja dan putus punca keawangan sehinggakan untuk makan pun mereka tiada wang.

Dia diduga seteruk ini dengan motosikal yang rosak bahagian spoket terpaksa menjual hand phone demi membeli susu anak dan makanan.

Ini yang di kongsi Ustaz Abu Mousa Fahmi melalui laman facebooknya ” Sambil menangis dia toleh ke belakang tak nak tunjuk air mata dia.

Saya pula sedih, janganlah keluar air mata, malu depan org woi, Kisahnya beliau datang minta bantuan.

“Ustaz, orang kata masjid BSP boleh minta bantuan kalau terdesak” Ye boleh jawab Ustaz.

Saya pun temuduga skit, anak anak 7 orang kecik lagi, anak paling kecil setahun lebih tu pun oku.

Kerja sebagai penebar roti canai, tapi skrg bos dah tak panggil sebulan sebab bos pakai org lama, duit dh takde, semalam terpaksa jual handfon, dapat rm50, beli susu anak Rm30, beli telur 10biji boleh la makan sekeluarga sikit sikit.

Kami pun bagi makanan asas, ayam beku, bila nak balik motor tersangkut, rupanya spoket sgt haus, kami bagi duit suruh tukar spoket satu set rm55 segera dan duit belanja lain, supaya mudah bawa pulang makanan, Anak anak tunggu nak makan, menangis lagi dia.

Adoi, Alhamdulillah selesai semuanya.Susah susah kita, ramai lagi yg lebih susah dari kita, bersyukurlah.

Siapa nak menyumbang, boleh juga menyumbang di Masjid Bandar Seri Putra Bangi.

Apa yang dikongsi Ustaz sungguh menginsafkan, jika kita punyai kemampuan bantu bantulah orang sekitar atau boleh menyumbang bekalan makanan untuk Food bank masjid yang berhampiran. Credit Ustaz Ustaz Abu Mousa Fahmi, Masjid Bandar Seri Putra Bangi.