Ibu tunggal 2 ank dijmput ilaahi ketika riadah kayuh basikal!

Putrajaya : Saya nampak macam ada benda tergolek, ingatkan barang terjatuh daripada lori sebelum saya bunyikan hon berulang kali bagi memberhentikan lori berkenaan,kata Mohd Shukri Budiman Hassan.

Beliau ialah saksi utama kejadian basikal yang dirempuh dari belakang sebuah lori di Jambatan Putrajaya berdekatan Kelab Tasik Putrajaya, kira-kira jam 9.40 pagi tadi.

M4ngsa Hanin Abdul Hamid,34, yang merupakan Ejen Insuran dari Subang Jaya datang ke Purtajaya untuk berbasikal seorang diri.

Innalillahiwainnailaihirojiun, Berhati hatilah kawan2 yang kayuh basikal di luar sana, Hr ni otw balik dr Jogging, saya adalah saksi utama kemalangan maut yg membabitkan rider basikal apabila mangsa bergesel dgn lori.

Berlaku didepan mata saya apabila mangsa bergesel dan di lenyek oleh lori tersebut, Kejadian berlaku di persimpangan Puspanitpuri Presint 10.

Saya terus berhenti ditepi jalan dan pergi kearah mangsa.. Sy check nadi mangsa dan rasa nadi beliau amat lemah, Saya terus menghubungi talian kecemasan dan 10 minit kemudian Ambulance dan anggota polis sampai di tempat kejadian.

Selepas melakukan pemeriksaan, pegawai perubatan mengesahkan yang mangsa telah meninggal dunia, Mangsa perempuan melayu dari subang jaya dtg ke Putrajaya seorang diri utk aktivit berbasikal. Semoga keluarga mangsa bersabar dengan ujian ini.

1. Elakkan kayuh seorang diri. Kalau boleh kayuh dlm kumpulan.
2. Kayuh d lorong sebelah kiri.. Mangsa kayuh d laluan sebelah kanan dan bergesel dgn lori.

Menceritakan mengenai kejadian itu, Mohd Shukri berkata beliau pada ketika itu baru pulang daripada berjoging dan memandu kenderaannya menghala ke rumahnya di Presint 11.

Menceritakan mengenai kejadian itu, Mohd Shukri berkata beliau pada ketika itu baru pulang daripada berjoging dan memandu kenderaannya menghala ke rumahnya di Presint 11.

Mohd Shukri berkata kenderaannya berada di belakang lori berkenaan yang dibawa perlahan.

Tiba-tiba lori berkenaan terbabas dan naik diatas penghadang jalan, dan saya nampak ada benda tergolek, Saya bunyikan hon berulang kali supaya lori berkenaan berhenti (daripada bergerak).

Bila saya turun, rupanya objek yang saya ingat terjatuh itu adalah basikal katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Shukri berkata, beliau kemudiannya pergi ke arah m4ngsa dan memeriksa nadinya dan mendapati nadi wanita berkenaan amat lemah sebelum menghubungi talian kecem4san.

Ambulans tiba kira-kira 10 minit kemudian dan selepas menjalankan pemeriksaan, pegawai perubatan mengesahkan wanita berkenaan sudah men1nggal dun1a,katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Superintendan S Vijaya Rao berkata kes berkenaan disiasat di bawah kesalahan trafik mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Buat masa ini siasatan masih dijalankan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya, katanya.Al fatihah.