Ibu Acap (Cakcibor) ingin jumpa wanita jepun yg selamatkn cucunya!

Ipoh: Keluarga youtuber permotoran Mohd Ashraf Rosli, 35, yang men1nggal dunia di dalam kereta ketika menunggu isterinya menghadiri temuduga di sebuah hospital swasta di Bangsar, Jumaat lalu berterima kasih kepada wanita warga Jepun yang menyelamatkan ketiga-tiga anaknya.

Ibu mangsa Mafahirah Shamsuri, 66, berkata tindakan wanita itu yang mendapatkan bantuan selepas melihat cucunya menangis ketika arw4h anaknya tidak sedarkan diri membantu menyelamatkan nyawa ketiga-tiga cucu lelakinya yang turut berada dalam kenderaan ketika kejadian.

Kalau boleh kami mahu mencari wanita Jepun itu untuk ucap terima kasih, cuma anak mak cik tidak dapat diselamatkan, mungkin Allah lebih menyayanginya.

Ar4ah merupakan anak yang baik… dia tidak pernah mengadu sakit dan kelihatan sihat sebelum ini, malah tidak menunjukkan sebarang petanda akan pergi meninggalkan kami, katanya ketika ditemui Bernama selepas jen4zah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tasek, di sini, pada kira-kira 10 pagi tadi.

Mafarihah berkata, ketika kejadian, anaknya sedang menunggu isterinya Nurul Ain Mohd Razip, 31, menghadiri temuduga bagi jawatan jururawat di hospital yang sama arw4h bekerja kerana berhasrat untuk bekerja di tempat yang sama, namun tidak kesampaian.

Katanya, doktor memaklumkan hasil bedah siasat di Jabatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), semalam mendapati terdapat masalah pada j4ntung arwah anaknya.

Allahyarham Mohd Ashraf yang bekerja di bahagian teknologi maklumat mempunyai minat mendalam berkaitan bidang permotoran dan sering berkongsi aktiviti berkenaan melalui saluran Youtube menggunakan nama Cakcibor dan mempunyai 27,000 pengikut.

Semalam, kejadian memilukan kira-kira 3.30 petang itu tular di laman sosial selepas kereta mangsa yang diparkir di bahu jalan disedari oleh wanita Jepun berkenaan sebelum mendapatkan bantuan daripada pengawal keselamatan. Al fatihah.