Husnul khotimah pngakhiran mu Hj Azraf, Mninggal otw pulang solat maghrib diMasjid!

Kota Bharu : Seorang lelaki meninggal dunia akibat serangan jantung dihadapan Masjid Wakaf Bharu semalam.

Hj Azraf Hj Omar merupakan jemaah masjid tersebut ditemui terbaring diruang pejalanan kaki dihadapan Masjid selepas waktu maghrib semalam.

Pihak perubatan telah dihubungi telah tiba ditempat kejadian untuk memberi rawatan, namun arwah disahkan telah meninggal dunia.

Arwah seorang yang selalu dekat dengan Allah mudah perginya tanpa sebarang tanda selepas berjemaah menunaikan solat maghrib.

Berita sedih ini turut dikongsi oleh Adun Wakaf Bharu YB Hj Mohd Rusli yang turut berada ditempat kejadian turut membantu mangsa.

Khabar ini juga turut dikongsi oleh isteri rakan ” Dapat perkhabaran duka dari group kelas Memasak Kemas sebentar tadi,suami kak Niza Khan telah meninggal dunia selepas solat Magrib berjemaah di masjid wakaf Bharu.

Mari laa kita sama sama kita sedekahkan surah Al Fatihah(dibaca) kepada arwah dan doakan semoga roh arwah ditempatkan bersama orang orang soleh dan diampunkan segala dosa dosanya,Aamin😭😭.

Semoga isteri arwah Puan Niza atau lebih mesra dengan panggilan kak za dan anak anak tabah menghadapi ujian yang sangat berat ini,Salam takziah buat Puan Niza dan keluarga.

Sudah mudah perginya tanpa sebarang tanda insan yang mulia disisi Allah seseungguhnya permergiannya Husnul khotimah. Al fatihah.