Husnul khotimah pengakhiran mu,” Setiap lepas subuh baca Al Quran ” (5Gmbr)

Alor Setar: Jen4zah pelakon veteran Abu Bakar Omar, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru, Jalan Pegawai di sini, 5.40 petang hari ini.

Terdahulu, jen4zah Abu Bakar dibawa ke masjid Al Ghufran, Jalan Pegawai untuk disembahyangkan oleh kira-kira 300 jemaah termasuk ahli keluarga, saudara mara, peminat dan penduduk sekitar sebelum solat Asar.

Anaknya, Afandi,43, berkata, pemergian bapanya sangat dirasai oleh ahli keluarga berikutan dia tidak pernah menunjukkan gejala s4kit kr0nik kecuali merasa letih sejak kelmarin.

Arw4h bapa pergi dengan tenang sekali. Semasa hayatnya dia selalu menasihati kami agar tidak berbuat zalim dengan orang dan sentiasa menyanyangi orang tua.

Ada pepatah yang arw4h pegang iaitu menang tak sentiasa tenang, mengalah tak sentiasa kalah, pepatah inilah yang selalu dia pesan kepada anak cucu, katanya ketika ditemui di pekarangan tanah perkuburan berkenaan.

Anak ketiga daripada empat beradik ini berkata, bapanya tidak lagi aktif berlakon lebih lima tahun lalu berikutan tidak mahu menyusahkan orang lain.

Katanya ini kerana arw4h bapa sudah terbiasa dengan rutin sendiri selepas berehat daripada dunia lakonan.

Memang ada tawaran berlakon untuk bapa tapi bapa menolak kerana tidak mahu susahkan orang lain, setiap pagi selepas solat subuh dia akan membaca al-Quran sebelum tidur sebentar, katanya.

Abu Bakar menghembuskan n4fas terakhir dipercayai masalah jantung dan hati di Kedah Medical Centre (KMC), di sini, 9.04 pagi tadi.

Allahy4rham meninggalkan seorang isteri Faridah Manaf, 66, empat anak dan 15 cucu.

Sementara itu, bagi sahabat baik Allahy4rham, Harun Hassan,62, berkata, dia mengenali arwah sejak kecil dan menyifatkan arw4h seorang yang pemurah.

Katanya arw4h tidak pernah sombong biarpun sudah bergelar pelakon.

Setiap kali saya pergi ke Kuala Lumpur, saya hanya akan tidur di rumahnya, dia selalu belanja saya dan tak pernah mengeluarkan duit poket sendiri apabila berada di sana.

Saya dah anggap dia macam abang sendiri, susah nak cari kawan baik seperti Allahyarham,katanya yang tinggal di Lorong Wan Mat Saman, di sini.Al fatihah.