Husnul khatimah prgi mu, ” Nurina ank angkt yg diislamkn Imam Dolah 20thun lalu” (5Gmbr)

Maran : Saya terkejut dengar berita ini, hanya tahu apabila pemberita datang dan saya sedia uruskan pengebumiannya.

Demikian kata Mohamed Dolah,71, merupakan bapa angkat kepada Nurina Edwin Abdullah,47, yang m4ut dalam tr4gedi runtuhan besi di Jalan Lingkaran Tengah di Kuala Lumpur semalam.

Mohamed bertanggungjawab mengislamkan Nurina lebih 20 tahun lalu berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan m4ngsa ialah pada Februari tahun lalu ketika pengebumian suami mangsa di kampung itu yang meninggal dunia akibat ser4ngan j4ntung.

Dia yang merupakan Imam di surau kampung berkenaan berkata, anak angkatnya yang berasal daripada Sarawak itu sering menghubunginya bagi bertanyakan mengenai ajaran Islam.

Masa pengebumian suaminya, tidak banyak yang dia cakap dengan saya masa itu cuma dia bertanyakan bila lagi akan berjumpa ayah.

Saya mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah dan saya bersedia menguruskan pengebumiannya sekiranya diminta berbuat demikan,katanya ketika ditemui di Kampung Baru Chedung di sini hari ini.

Semalam dua penumpang wanita maut manakala tiga yang lain parah selepas sebuah van kilang dihempap perancah besi yang sedang dalam pembinaan di Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) berdekatan bandar Tasik Selatan di Kuala Lumpur.

Sementara itu abang ipar mangsa meluahkan rasa pilu, tahun laludia baru sahaja kehilangan suami, kali ini giliran dia pula meninggal dunia.

Itu luahan abang ipar kepada Nurina Edwin Abdullah, 47, yang m4ut selepas terperangkap di bawah perancah besi pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Desa Tun Razak, di sini semalam.

Abang iparnya, Muhammad Raffidin Mohd Jufri, 33, berkata, Allahyarham yang berasal dari Lundu, Sarawak itu telah bekerja di kilang Sensata Technologies sejak 10 tahun lalu.

Kata beliau, adik iparnya ada berhasrat mahu membeli kereta namun hajatnya bagaimanapun tidak kesampaian.

Kami dimaklumkam mengenai kejadian yang menimpa Nurina Edwin selepas pihak syarikat menghubungi salah seorang adik mangsa yang tinggal di Balakong, Selangor sebelum dia memaklumkan kepada kami.

Kali terakhir kami berjumpa dengan masa adalah pada tiga hari lalu yang mana mangsa ada datang makan di rumah kami,katanya ketika ditemui di bilik forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Muhammad Raffidin memberitahu, jenazah adik iparnya itu akan dikebumikan di Sarawak selepas bedah siasat selesai.

Ketika ini kita masih menunggu pihak hospital memaklumkan keputusan ujian saringan C0V1D19, Selepas itu baru, proses bedah siasat dapat dilakukan sebelum diserahkan kepada kami dan tidak dapat dipastikan bila akan selesai, jelasnya. Al fatihah.