Hujan renyai kemudian lebat tangisi permergian Tuan Guru Haji Rifaee!

Baling : Selepas keranda Allahyarham diusung keluar dari Masjid Omar Zuhdi seolah menangisi pemergian Allahyarham Tuan Guru Haji Muhammad Rifae’ Yaakob, ramai hadir memberi penghormatan terakhir buat Tuan Guru.

Solat jen4zah sebelum zohor dilangsungkan di madrasahnya, diikuti tiga kali lagi solat jen4zah di masjid berkenaan memandangkan kehadiran yang ramai dan mematuhi SOP.

Allahyarham tuan guru menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi tadi setelah dirawat di hospital Sungai Petani.

Mudir Madrasah Zuhdiah itu sangat disegani dan menjadi rujukan oleh para asatizah terutama dalam ilmu tasawwuf.

Semasa hayatnya, Allahyarham pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah pada tahun 2019.

Menteri Besar, Haji Muhammad Sanusi Md. Nor yang bergegas pulang dari Ipoh, sempat bersama para jemaah menunaikan solat jenazah Allahyarham tuan guru di masjid diimamkan Ustaz Ismail Mahmud Bandar Hilir.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham tuan guru dan menganggap permergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada negeri dan penduduk Baling dan sekitarnya.

Dalam pada itu saling tukar pandangan jadi pertemuan terakhir antara Brigadier Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad serta Tuan Guru Haji Muhammad Rifaee Yaakob tahun lalu.

YB Najmi berkata, beliau hadir bagi menziarahi almarhum selain mengetahui perkembangan pondok yang diasaskannya.

Saya bertemu almarhum di pondoknya. Tika itu kami saling bertukar-tukar pandangan.

Di akhir pertemuan, beliau juga ada menitipkan beberapa pesanan berharga buat saya, katanya yang merupakan Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Negeri Kedah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang.

YB Najmi berkata, menjadi kerugian sekiranya umat Islam menjauhi kuliah ilmu atau menjauhi para alim ulama.

Maka ketika mereka masih hidup carilah mereka. Ambillah ilmu atau nasihat daripada mereka sebagai panduan dan penyuluh kehidupan.

Sabda Nabi Muhammad SAW: Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi ( HR Ahmad, Abu Dawud, at Tirmizi dan Ibn Majah), katanya.

Ulama berkenaan meninggal dunia pada awal pagi tadi akibat penyakit j4ntung.

Difahamkan, kesihatanya merosot sejak beberapa bulan yang lepas.
Selain menjadi mudir di pondok diasaskannya iaitu Pondok Tuan Guru Haji Muhammad Rifaee Yaakob, beliau juga pernah menjawat jawatan Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah pada tahun lalu.

Jenazahnya disolatkan di Masjid Omar Zuhdi Parit Panjang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Panjang.Al fatihah.