Hilman kmi akn rindui mu, sngguh cept mu prgi myvi trbabas!

Kluang : Seorang pemandu Perodua Myvi m4ut manakala rakannya cedera ringan di kepala selepas kereta dinaiki mereka terbabas di kilometer 85.5 Jalan Kota Tinggi-Kluang malam tadi.

Mangsa yang m4ut dikenali sebagai Hairul Hilman Rizal, 22, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini, manakala penumpangnya pula dikenali sebagai Muhammad Radhi Rozali, 21.

Apa yang berlaku kepada Hilman sungguh mengejutkan insan insan yang mengenali arwah yang disifatkan mereka seorang yang sangat baik dan periang amat team work dalam melakukan sesuatu kerja.

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali, Dukacita dengan pemergian seorang Yg Selalu Membantu Team Power Pihak Kami Adik Hairul Hilman yang kembali ke Rahmatullah pagi tadi.

Takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan ini dan didoakan semoga tabah dalam menghadapi ujian ini.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh.Al-fatihah – C Ika Bridal

Alfatihah Buat Sahabat Hairul Hilman Bin M Rizal, Allah Lebih sayang kau man, Semoga Roh Kau ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang beriman, Aamiin Kawan Kawan kau semua sayang kau dekat sini.

Minggu lepas Kau ada ajak lepak tapi keadaan dan masa tak mengizinkan waktu tu, Kalau aku tahu itu waktu terakhir kita akan berjumpa, Aku jumpa kau man.

Tunggu kawan kawan kau dekat sana ya man, Aku ada dengan kau dari sebelum kau sampai rumah sampai la kau dah sampai rumah baru .

Maaf kan aku sepanjang persahabatan kita . Halal kan makan minum aku Innalillahirrojiun 😔 Hairul Hilman Bin M.Rizal 3November 1998 17November2020 -Iefa Ilyana

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, kemalangan tersebut dilaporkan berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah dan hasil siasatan awal mendapati kawasan kemalangan adalah jalan selekoh dan permukaan jalan basah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan dari arah Kota Tinggi menghala Ke Kluang telah hilang kawalan lalu terbabas di bahu jalan sebelah kiri.

Hari ini pada 8.20 pagi polis menerima maklumat daripada waris mengatakan pemandu Perodua Myvi telah meninggal dunia, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan kenderaan dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) Sri Lalang untuk pemeriksaan.

Sementara itu, abang Muhammad Radhi dikenali sebagai Arif Amali Rozali , 25, berkata, dia mendapat panggilan mengenai kejadian daripada rakannya dan bergegas ke tempat kejadian dari Kampung Bentong.

Mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai minum di Taman Seri Impian dan ketika sampai di lokasi hujan renyai, katanya.

Tambahnya, arwah rakan adiknya itu selamat dikembumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Haji Manan tengahari tadi.Al fatihah.