Hilang tempat brgantung, “Mninggal otw balik kerja namun x layak bantuan perkeso” (5Gmbr)

Parit Buntar : Perjalanan pulang seorang lelaki setelah selesai bekerja ber4khir dengan tr4gedi setelah motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas di Jalan Kampung Parit Mat Aris Bawah Simpang Lima disini.

Kejadian yang berlaku pada pukul 6.10 petang itu menyebabkan m4ngsa, Mohamad Azimin Asri, 39, terc4mpak sejauh lima meter ke dalam belukar berhampiran sebelumnya m4yatnya ditemui orang awam yang melalui jalan tersebut.

Sebak dan pilu apa yang berlaku isteri tidak berkerja anak sulung baru berusia 5 tahun dan yang bongsu 7 bulan kini ayah tersayang pergi buat selamanya disaat pulang mencari rezeki.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, kejadian tersebut disedari orang awam setelah melihat motosikal m4ngsa dalam keadaan terbalik di tepi jalan.

Menurut beliau, beberapa orang awam yang melakukan pencarian bagaimana pun terper4njat apabila menemui m4ngsa yang bekerja sendiri itu dalam keadaan tertiarap di dalam belukar.

Berdasarkan siasatan awal polis, mangsa yang menunggang sendirian dari arah Parit Mat Aris Bawah dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Tok Pulut Kuala Kurau.

Bagaimana pun, setibanya di tempat kejadia motosikalnya hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan, Keadaan cuaca pada masa itu hujan dan permukaan jalan basah, ujarnya ketika dihubungi pemberita.

Pemeriksaan pegawai perubatan kemudian mengesahkan m4ngsa telah meninggal dunia disebabkan keceder4an p4rah pada kepala.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat sebelum dituntuk ahli keluarganya manakala kejadian disiasat di bawah Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semoga isteri arwah tabah, arwah meninggalkan dua anak seorang berusia 5tahun dan seorang baru berusia 7 bulan. Al fatihah.