Hasrat psangan brtunang ” utk berkhwin tdk ksampaian” (5Gmbr)

Marang : Keinginan pasangan bertun4ng ini untuk mendirikan rumah tangga terbantut selepas kedua dua mereka dicekvp bersama pelbagai jenis d4dah yang dianggarkan bernilai lebih setengah juta ringgit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Nark0tik Terengganu, Superintendan Tium Ming Kung berkata pasangan yang berusia 21 dan 22 tahun itu diberk4s di rumah sewa mereka di Kampung Jambu Bongkok, di sini pada Sabtu.

Katanya hasil serbuan juga berjaya merampas sejumlah d4dah disyaki jenis syabu, her0in, y4ba dan k0dein yang dianggarkan bernilai lebih RM565,000.

Katanya bekalan d4dah yang dirampas berkenaan mampu diedarkan kepada lebih 24,000 pen4gih di seluruh Terengganu.

Tangkapan keatas seorang suspek lelaki iaitu suspek utama di tepi jalan semasa itu sedang memegang satu objek yang lepas diperiksa disyaki d4dah.

Susulan daripada tangkapan tersebut satu pemeriksaan telah dibuat di rumah dan pelbagai jenis d4dah telah dijumpai di rumah dan di belakang rumah suspek tersebut dan d4dah tersebut ada juga yang dit4nam di tanah di belakang rumah suspek tersebut, katanya pada satu sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata selain itu pihaknya juga berjaya merampas wang tunai lebih RM40,000, sebuah kereta, motosikal dan barangan perhiasan.

Katanya suspek lelaki yang berusia 22 tahun itu turut mempunyai rekod lampau kesalahan d4dah dan jen4yah dan dipercayai aktif mengedar d4dah sejak hujung tahun lalu.

Jelasnya pihaknya percaya bekalan d4dah berkenaan diperolehi dari negeri jiran untuk ed4ran di sekitar negeri Terengganu.

Katanya hasil ujian saringan air kenc1ng mendapati kedua mereka negatif d4dah.

Menurutnya pasangan berkenaan direm4n sehingga 26 Februari bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 39b Akta D4dah Berbahaya 1952. Credit Astro Awani.