Hasrat khwin x kesmpaian, ” Tunaang redhaa dia prgi sbgi syuhadah ” (4Gmbr)

Sebak melihat eorang pemuda ini ditemuramah oleh kawan-kawannya atau mungkin para wartawan, Raut wajah beliau sedikit pun tidak menggambarkan yang beliau tengah kesedihan. Walhal, apa yang beliau lalui sangatlah meruntun jiwa.

Tahu apa yang berlaku pada beliau?, Pemuda ini telah bertunang hampir dua tahun setengah, Beliau dan tunangnya telah membuat persiapan perkahwinan dia sejak dua bulan yang lepas, Mereka bercadang untuk melangsungkan majlis perkahwinan selepas hari raya ini.

Nama tunangnya adalah Syaima’ Abu Al-Auf, Beliau ini bakal seorang doktor gigi dan berada di tahun 3 pengajiannya, Penghafaz Al-Quran dan seorang yang disenangi oleh ahli keluarga dan rakan-rakannya.

Pada malam sebelum kejadian, pemuda ini sempat mesej kepada tunangnya bertanyakan tentang keadaannya dan tunangnya ini sempat membalas yang keadaan di sekitarnya tengah dihujani dengan ser4ngan bom dari tent3ra Z10n1s Isr41l.

Pemuda ini sempat meminta tunangnya untuk bersembunyi, namun mesej itu tidak dapat dihantar.

Keesokkan harinya, tubuh badan tunangnya ini ditemui di bawah timbusan runtuhan yang telah menghempapnya selama 14 jam bersama dengan jen4zah ibu dan dua orang adik lelakinya.

Tahu apa yang membuatkan air mata saya jatuh pada akhirnya? Awalnya, beliau mencari jenazah tunangnya untuk mengungkapkan selamat tinggal buat kali terakhir, Namun, beliau mendapati keadaan tunangnya yang telah tiada itu berada dalam keadaan yang tersenyum.

Hari-hari bahagia yang mereka rancangkan, takdirnya ditukar dengan beliau duduk di pusara tunangnya dengan membacakan doa.

Ketika ditemuramah, pemuda ini tidak menunjukkan sedikit pun raut wajah yang menyedihkan malah dengan yakinnya, beliau mengatakan bahawa tunangnya diambil Allah untuk ke Shurga.

Dan paling membuatkan saya tak tahan adalah bila mana beliau berkata, Kita ini datangnya dari Allah, kepada Allah kita akan kembali. Ini semuanya dari Allah.

Dan saya gembira kerana dia m4ti sebagai syuhadah dan berada dalam keadaan yang tersenyum, Dan dia akan menarik 70 orang ahli keluarganya untuk masuk ke dalam Shurga nanti.

Z10n1s Isr41l Lakn4tullah ini telah berjaya mengh4ncurkan kehidupannya, kebahagiaanya, dan seluruh impian dan cita-citanya, Namun dia tak bersedih.

Malah di sisi lain, dia melihat bahawa Allah itu lebih menyayangi tunangnya dan cuma mereka terpisah sementara sahaja di dunia ini.
Sepi.

Reflect kepada diri saya sendiri, Tak tahu bagaiamana kalau ia terjadi kepada saya, Kehilangan isteri, anak-anak dan ahli keluarga yang disayangi mungkin membolehkan saya hilang diri saya juga.

Mungkin membolehkan saya untuk tiada semangat bertahun lamanya. Mungkin membuatkan saya tiada daya untuk kaki untuk terus melangkah.

Kerana saya berasakan dengan menyintai ini akan memiliki sepenuhnya,Namun sebenarnya tidak, Manusia-manusia yang kita sayang ini akan pergi.

Mereka akan pergi juga satu hari nanti, Tinggal lagi kita berani atau tidak untuk menerima kenyataan dengan hati yang redha dan tabah,Menyintai bukanlah memiliki.

Kerana pemilik sebenar adalah Tuhan Maha Agung. Kita manusia tiada apa-apa, Ini yang sukar untuk kita letakkan dalam diri, Namun tidak bagi pemuda tadi, Kerana dia meletakkan bahawa hidup ini sementara, akhirat jualah tempat yang paling abadi.

Marilah kita sama-sama mendoakan untuk beliau agar terus kuat. Dan tidak lupa agar Z1on*s Isra*l ini hancur dengan sehancur-hancurnya dan menerima az4b yang pedih di dalam dNer4ka Jahanam.

Hasbunallah wanikmal wakil, Cukuplah bagi kami Allah, Dia sebaik-baik tempat berlindung. Credit Syafiq Ridhwan.