Happy birthday buat mu hari ini, Ajaalmu dtg diulang tahun kelahiraan mu!

Manjung : Apa yang berlaku sungguh memilukan hari ini 22 sept merupakan ulangtahun kelahiran yang ke 34 buat Raimi dan tidak disangka sama sekali dia pergi dijemput ilahi pada hari ini.

Apa yang berlaku mengundang pilu keluarga terutama adik arwah yang memuat naik status sedih apa yang menimpa arwah abangnya hari ini.

Arwah seorang yang sangat baik dan disenangi ramai banyak mendalami ilmu agama dan pernah belajar disekolah pondok demi menuntut ilmu agama, Arwah juga merupakan Chief Marketing Officer (CMO) Sureco.

Raimi yang menaiki Proton Wira dan men1nggal dunia ditempat kejadian apabila wira yang dipandu rakannya hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah lori tangki yang dapat dari arah hadapan.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.32 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi.

Ujarnya, kereta mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Sitiawan menghala ke Teluk Intan manakala tori tangki tersebut datang dari arah bertentangan.

Anggota bomba yang tiba di lokasi mendapati, kemalangan membabitkan sebuah kereta dan treler, menyebabkan seorang mangsa tersepit di tempat duduk pemandu, manakala seorang lagi mangsa sudah dikeluarkan oleh orang awam.

Bomba mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mangsa sebelum kedua-dua mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, operasi tamat sepenuhnya pada 8.18 pagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Baru semalam aku tanye kt Fadzil Jambang kau balik dari Kelantan bila..sbb last lepak bertiga ari tu.. ko ada ckp nk balik Kelantan..aku xpercaya semua ni mula2..sbb slalunye kalau ko dah sampai Teluk Intan bila ko ad outstation mane2.. msti ko roger aku.. tanye ada kt mana.

Hari ni birthday ko Raimi Rozi 😭😭😭😭😭..menangis je aku mampu bila dpt taw berita ni..Ko sahabat yg terlalu baik Mie..kau manusia yg trlalu baik & ramah mie..berehat la sepuasnya di sana.

Aku dah hilang seorang abg yg sentiasa nasihat & tegur aku dlm semua hal.. Aku doakan ko dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan orgΒ² beriman..mintak tlg jasa baik semua friendlist sye sedekahkan Al-Fatihah (dibaca) buat sahabat sye Mohd Raimi Rustam – Al Azad.