Hanyaa 1 bulann brsama, beratt dugaaan mamaa khilaangan mu syg!

Pasangan Puan Bella dan suaminya Mohamad Firdaus begitu teruja dengan kelahiran cahayamata mereka namun tidak disangka olehnya didalam kegembiraan itu mereka diduga bila sikecil mereka Nurmedina Safiyya megalami masalah kesihatan selepas 5 hari dilahirkan.

Sebak melihat Medina sekecil itu terpaksa ditahan di wad kerana menghidap beberapa masalah kesihatan dalam dirinya.

Ini diluahkan Puan Bella melalui laman facebooknya semalam selepas permergian anak syurganya selepas hanya sebulan dapat bersama dirinya dan suami.

Sedih dengan pemergian bayi sulung, ibu ini menceritakan kenangan terakhir bersama arwah anaknya iaitu Nur Medina Safiyya. Al-fatihah.

Al fatihah diberikan kekuatan untuk malam ini untuk bercerita tentang bidadari kecil kami yang Allah pinjamkan bidadari kecil dalam rahim mama 9 bulan.

Adik aktif sangat dalam rahim mama, Adik ku4t sebab sampai perut 9 bulan mama bawak adik naik motor ja dari Baling ke Penang hari-hari sebab kerja, Kereta adik tak sampai lambat sebab C0VID, Adik kuat dalam rahim mama syg.
Pada 5 okt pada pukul 11.57 pagi lahir lah NUR MEDINA SAFIYYA ke dunia ini, Mama happy tengok adik sihat Nurse mintak mama susukan adik tapi mama masih tak dak susu.

Tapi nurse cakap biasa la sebab anak sulung, Tak sabar mama tunggu baba ambil kita, Pukul 3 petang sebelum tolak masuk wad doc cakap adik hypo sebab adik ketar.

Akibat Kurang gula Adik dimasukkan ke nicu untuk diberi rawatan, Mama masuk wad orang lain semua anak di sisi tapi mama berpisah dengan adik.

Pada 6 okt mama boleh discharge Mama tunggu baba datang ambil mama untuk tengok adik Mama tengok adik dah sihatMama tengok anak mama special sebab cuping telinga terbelah.

Doc cakap petang adik boleh balik tapi kena tunggu keputusan darah untuk tengok kuning Mama pun pergi makan Pukul 4 mama naik untuk ambil adik tapi doc cakap kuning adik tinggi 120.

So depa terpaksa tahan adik Doc sedapkan hati mama Esok boleh dah balik kalau kuning turun Mama balik dengan baba dengan harapan esok mama boleh bawak adik balik.

Kali ni mama rasa lainRasa yang adik dak tak dak tapi mama sedapkan hati yang adik tetap ada Tapi bila mama tengok dekat katil adik ada tirai, machine pun dah off.

Ya mama tahu adik dah tinggal mama baba syg. Kaki mama lemah Mama terduduk syg Baba papah mama untuk kuatkan diri untuk tengok adik.

Doc cakap adik dah tak dak Dalam pukul 4.1 Mama lambat syg Mama berulang kali minta maaf dengan kamu sebab mama baba lambat Mama riba kamu puas-puas.

Mama cium kamu puas-puas. Sebulan kamu lahir baru mama riba kamu syg Setitik susu mama kamu tak minum sebab kena puasa Sayu hati mama syg.

Hati mama sakit sangat tapi mama redha. Adik dah tak rasa sakit Kamu dah lama bertahan 9 bulan dalam perut mama adik kuat.

Sebulan kamu berjuang seorang diri lawan sakit tanpa mama baba di sisi Mama baba puas hati dari awal adik tak dak Allah berikan kekuatan untuk kami uruskan adik dari mandi sampai ke liang lahad.

Pada 4 Nov pukul 10.45 malam adik selamat dikebumikan Specialnya NUR MEDINA SAFIYYA orang tak pernah kenal adik tapi rezeki adik murah.

Ramai orang beri sumbangan untuk adik. Ramai orang mendoakn adik Adik dah pergi dengan tenangAdik rehat la puas-puas ya Mama baba sentiasa rindukan adik walaupon perit tapi mama redha syg.

Nanti kita jumpa di syurga ya sygNUR MEDINA SAFIYYA penghuni pertama rahim mama, anak syurga mama baba. Al fatihah