Hanya dia trselamat, Gmbar pngubat rindu ank yatim piatu ini pada kluarganya!

Kulim : Seorang kanak kanak yang kehilangan ibu bapa serta adiknya dalam satu kem4langan nger1 yang mer4gut tujuh ny4wa di Simpang Pulai, Perak pada Ogos lalu sering mengunjungi rumah sepupunya untuk menghilangkan rasa rindu pada ahli keluarga.

Muhammad Haziq Zikri, 9, yang terselamat dalam kem4langan nger1 itu juga sering melawat bapa saudaranya tiap kali merindui neneknya yang turut terk0rban dalam kem4langan itu.

Dalam kemalangan di Kilome­ter 5, Jalan Keramat Pulai, Simpang Pulai di Ipoh, Perak kira-kira pukul 5.30 petang, 11 Ogos lalu, tujuh daripada dua keluarga m4ut selepas Perodua Alza dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler.

Turut terk0rban adalah ibu saudara Muhammad Haziq, Has­liza Mahmud, 40, dan suami­nya Zulkifli Shuib, 49, serta anak mereka, Mohd. Alif Firdaus, 3.

Dua yang terselamat dalam kem4langan itu ialah anak Hasliza, Firash Mikael Azrie Shah, 11, dan Mohd. Shafiq Azrie Shah, 16.

Kesemua m4ngsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Badlishah di sini selepas bercuti di Pulau Pangkor, Perak dan Cameron Highlands.

Muhammad Haziq ketika ditemui memberitahu, dia reda de­ngan pemergian ibu, bapa serta adik dan sentiasa mendoakan ketiga-tiga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Tambahnya, dia bersyukur kerana tidak lagi tr4uma dengan kemalangan itu dan sentiasa menatap gambar mereka sekiranya rindu.

Saya akan membaca al Fatihah untuk disedekahkan kepada mereka, kebiasaannya sebelum tidur,ujarnya.

Menurutnya lagi, dia kini selesa tinggal dengan ibu saudaranya, Siti Sarah Mat Isa, 26, di Kampung Badlishah di sini.

Sekarang ini musim cuti sekolah dan banyak masa saya akan habiskan dengan tinggal bersama bapa saudara sebelah arw4h ayah yang tinggal di sekitar Kulim dan Kuala Lumpur.

Kadangkala saya tinggal bersama nenek sebelah mak, Hasimah Yatim di Kampung Tok Ka­ngar, Juru Pulau Pinang, katanya

Sementara itu, Siti Sarah berkata, Muhammad Haziq perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Kulim Mac tahun depan untuk memastikan keada­a­n­nya sihat.Al fatihah.