Hajat bakal pengantin berkahwin raya haji tidak kesampaian!

Dungun : Hajat bakal pengantin berkahwin raya haji tidak kesampaian! Dia beritahu mahu bekerja kuat selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana nak berkahwin selepas Aidiladha nanti.

Saya sangat sedih kerana tidak sempat tunaikan permintaan dia yang mahu saya dan isteri menguruskan perkahwinannya, kata Iskandar Mat Riffin, 38, abang ipar kepada Mohamad Nasruddin Yusoff, 24, yang m4ut selepas treler dipandu terhumban ke dalam gaung di Kilometer 103, Jalan Jerangau-Jabur, dekat Ladang Risda, Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), pagi ini.

Dalam kejadian 6.50 pagi itu, Mohamad Nasruddin membantu treler membawa 800 beg simen dari Bukit Sagu, Kuantan ke Kota Bharu, Kelantan.

hajat-bakal-pengantin-berkahwin-raya-haji-tidak-kesampaian

Iskandar yang juga pemandu treler berkata, kali terakhir dia bertemu adik iparnya pada Rabu lalu ketika menghantar m4ngsa mengambil treler yang siap dibaiki di Jerangau.

Pagi semalam, saya berselisih dengan arwah ketika mengambil amang di Felda Aring, Gua Musang untuk sama-sama hantar bekalan itu ke Pelabuhan Kuantan.

Selepas menghantar amang di Kuantan, saya tidur di kawasan Cheneh manakala arwah terus mengisi simen di Bukit Goh, Kuantan, katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

hajat-bakal-pengantin-berkahwin-raya-haji-tidak-kesampaian

Menurutnya, kira-kira jam 8 pagi, dia ada membaca Whatsapp kumpulan pemandu treler yang memaklumkan ada kemalangan treler di AMBS.

Kumpulan pemandu treler terbabit tidak berani memaklumkan mangsa kemalangan itu m4ut dan saya berasa tidak sedap hati sebelum memandu ke lokasi kejadian.

Setengah jam saya tiba di lokasi kejadian dan ketika itu anggota bomba dan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan adik ipar dan ketika itu baru saya tahu dia meninggal dunia, katanya.

 

hajat-bakal-pengantin-berkahwin-raya-haji-tidak-kesampaian

Katanya, adik iparnya itu tinggal bersamanya di Gua Musang sejak berusia lapan tahun selepas kedua ibu bapanya men1nggal dunia.

Dia berhenti sekolah selepas tingkatan tiga, saya ajak dia jadi kelindan termasuk mengajar dia teknik mem4ndu sehinggalah dia mengambil lesen dan memandu treler sendiri.

Saya berterima kasih kepada bomba dan polis yang bertungkus-lumus mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan mayat adik ipar yang tersepit teruk,katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sepasukan 15 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat AMBS dipanggil bagi mengeluarkan mayat yang tersepit.

Mayat dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengebumian,katanya. Al fatihah.

Tonton Video Di Bawah Ini Sampai Habis

Power la dik

Posted by Fingo on Isnin, 17 Februari 2020

Register disini>> Join Now ,Selepas Join download Apps Fingo

Wasap : Abee Sey

www.wasap.my/+601151688713/