Fr0ntliner dari Kluster Tembok K0rban ke135 C0V1D19 diMalaysia!

Kuala Lumpur : Dua kem4tian dicatatkan hari ini dengan jumlah jangkitan baharu mencatatkan 89 kes menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan sebanyak 11,224 kes setakat ini.

Dengan dua kematian baharu itu mencatatkan jumlah kumulatif kematian di negara ini meningkat kepada 136 dengan kebolehjangkitan C0V19 pula merekodkan 1,124 kes aktif.

Kem4tian ke 135 merupakan pengawai Penjara Alor Setar sumber dari facebook Penduduk Sungai Petani dan Facebook Penjara Alor Setar

Dukacita dimaklumkan SJN 13431 Mohamad Nasrul Bin Othman telah kembali kerahmatullah pada 28 September 2020 jam 6.15 ptg akibat sesak nafas di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Jenazah akan dikebumikan di Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam. Marilah kita sama-sama sedekahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham.

Dalam pada itu Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 89 kes baharu yang dilaporkan itu, tiga membabitkan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan bakinya 86 kes penularan tempatan.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat 28 kes pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada C0V1D19 sebanyak 9,967 kes.

Sehingga kini, 16 pesakit positif C0V1D19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan tiga daripadanya memerlukan bantuan pernafasan, katanya.

Salam takziah kepada mangsa yang terlibat semoga rohnya dicucri rahmat bersama orang orang yang beriman, perginya ketika bertugas untuk negara. Al fatihah.