Esokk istri akn pulaang, Petag ini Paak Dalip djmput ilahii!

Johor Bharu : Warga emas yang terlantar s4kit kerana menghidap b4rah h4ti tahap empat di Kampung Melayu Majidee, di sini, yang dijaga jirannya sejak awal bulan lalu, men1nggal dun1a petang tadi.

Hamid Salleh, 63, atau lebih mesra dengan panggilan Pak Dalip oleh keluarga di Singapura disahkan mengh1dap b4rah hat1 tahap empat awal bulan ini, terpaksa menanggung kes4kitan seorang diri apabila isterinya, Meharan Mohd Atan, 61, dan empat anaknya tidak berpeluang pulang menjaga suami dan bapa mereka disebabkan penutupan sempadan akibat pandemik C0V1D19.

Hasrat Meharan, untuk menjaga dan bertemu suaminya semula selepas hampir sembilan bulan berpisah, tidak kesampaian apabila Hamid disahkan meninggal dunia kira-kira 6.30 petang tadi.

Meharan yang permohonon skim Pengaturan Ulang-Alik Berkala (PCA) sudah diluluskan dan dijangka memasuki Johor Bahru esok, selepas menguruskan dokumen berkaitan skim itu sejak awal bulan lalu.

Jirannya yang juga tuan rumah yang disewa arwah, Noor Hamisah Zainal Abidin, berkata jiran yang menjaga Pak Hamid memaklumkan pihak hospital sebaik menyedari ada yang tidak kena dan akhirnya beliau disahkan sudah meninggal dunia petang tadi.

Isteri arw4h, Kak Maheran sudah dimaklumkan tadi, Beliau kelu tidak terkata dan hanya menangis apabila mendapat berita suaminya sudah men1nggal dun1a.

Kak Maheran merasa ralat, hasratnya untuk bersatu dengan suaminya tidak kesampaian, katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

BH hari ini melaporkan, Hamid bertuah kerana jirannya yang berhati mulia sanggup menjaganya 24 jam sehari selepas warga emas itu hanya mampu terlantar di katil sejak lebih dua minggu lalu.

Warga emas berkenaan dijaga sepanjang masa oleh jiran yang juga rakan baiknya iaitu Mohd Yusof Othman, 54, bersama isterinya, Siti Hazar Abd Jabar, 53 serta Raynold Gindurong, 35, secara bergilir-gilir.

Sementara itu, Siti Hazar seorang daripada jiran yang menjaga warga emas berkenaan dilaporkan berkata, walaupun berada di Singapura, isteri arw4h setiap hari menghubunginya secara panggilan video untuk mengetahui perkembangan terkini lelaki itu.

Beliau turut sebak kerana isteri warga emas berkenaan hanya mampu menangis selepas mengetahui suaminya disahkan menghidap k4nser hati tahap empat.

Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa, setiap hari Pak Hamid akan menghantar isterinya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Singapura itu ke Terminal Pengangkutan Awam Larkin jam 2 pagi sebelum menjemputnya pulang kira-kira jam 6 petang.

Meharan yang juga warga Singapura sebenarnya agak tertekan selepas sempadan ditutup namun beliau sangat ambil berat keadaan suaminya, malah mengirimkan wang perbelanjaan kepada kami untuk tampung kos makanan dan rawatan Pak Hamid,katanya.

Siti Hazar berkata, Maheran bukan tidak mahu pulang melawat suaminya, namun permohonannya mengambil masa kerana perlu menyertakan bukti perkahwinan dan pengesahan suaminya disahkan menderita barah hati tahap empat selain perlu mengumpul wang sekurang-kurangnya RM5,000 untuk pulang menerusi skim PCA itu.Al fatihah.