Eida ank bongsu, tak sangka perjalanan naik motor brtukar trgedi-Ayah!

Slim River: Mereka berdua tidak pernah balik dengan motosikal dan biasanya balik kampung dengan kereta,kata Ahmad Puteh, 72, bapa kepada Norwahidah, 34.

Norwahidah dan suaminya Mohamad Nazrul Ismail, 41, m4ut selepas skuter mereka terbabit dalam kem4langan dengan sebuah kereta sebelum kedua-dua kenderaan terb4kar di Kilometer 363.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 12.50 tengah hari itu, Mohamad Nazrul men1nggal dunia di lokasi, manakala Norwahidah menghembuskan n4fas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River (HSR).

Ahmad berkata, dia terkejut melihat anak bongsu daripada tiga beradik itu bersama menantunya pulang melawatnya di Kampung Terap, Kulim pada 1 tengah hari Sabtu lalu.

Menurutnya, anak dan menantunya hanya singgah makan tengah hari di rumahnya ketika itu.

Selepas makan, mereka bertolak ke rumah bapa saudaranya di Batu Kurau dan bermalam di sana selama dua malam sebelum pulang ke Selangor, hari ini.

Sebelum mereka bertolak, saya bersama isteri sempat berpesan kepada arwah agar berhati-hati ketika berada di jalan raya kerana bimbang akan kesel4matan mereka berdua, katanya ketika ditemui di pekarangan HSR.

Menurutnya, anak dan menantunya sebelum itu bermalam di rumah keluarga Nazrul di Kampung Permatang Tiga Ringgit, Kepala Batas.

Katanya, anaknya bekerja sebagai kerani dan menantu pula bertugas sebagai anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Sungai Buloh dan mereka menetap di Damansara Damai.

Saya terkejut bila menerima panggilan telefon yang memaklumkan anak dan menantu saya men1nggal dun1a, katanya.

Ahmad berkata, pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki berusia 15 tahun dan tinggal dengan bapa saudaranya di Seberang Jaya.

Menurutnya, arw4h sempat berjumpa dengan anaknya itu sebelum mereka ke Kepala Batas.

Katanya, kedua-dua jen4zah akan dibawa pulang malam ini juga dan akan dikebumikan di Kampung Permatang Tiga Ringgit, Kepala Batas.Al fatihah.