Dr Hazane luah rasa sedih, ” Kisah adikk tular x sanggup baca komen netizen ” (2Gmbr)

Kuala Lumpur : Tular seorang penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pasir Mas akan dikenakan tindakan oleh polis susulan gambar individu berkenaan tidak memakai pelitup muka ketika mengenakan kompaun terhadap peniaga di Rantau Panjang Kelantan beberapa hari lalu.

Abang kepada Mohd Hanizam (Penguat Kuasa) meluahkan apa yang berlaku dan sifat sebenar abangnya yang ditulis melalui laman sosialnya hari ini.

Musibah terjadi dikalangan keluarga saya, adik saya seorang penguatkuasa di Rantau Panjang telah khilaf dan tanpa rasa sengaja telah terlupa menggunakan mask/pelitup muka masa menjalankan tugas dengan masyarakat di sekitar masjid Beijing, Rantau Panjang.

Sempat juga agak terkejut dengan kejadian ini memandangkan ketatnya SOP berlaku dengan siapa pun tanpa mengikut siapa mereka dan dari mana mereka. Kerajaan tegas untuk SOP ini kerana situasi pandemik yang semakin naik dan tanpa berhenti sekarang. Berdoa lah tanpa henti supaya kita hidup seperti biasa dijauhkan dari C0V1D19.

Kuasa viral telah membuat gambar adik saya Mohd Hanizam Bin Yacob telah diambil foto oleh peniaga diwarung yang telah didatangi oleh tim penguatkuasa dalam operasi khas mereka terhadap peniaga tanpa lesen.

Dengan kuasa viral semua media mengambil peluang untuk menghebohkan dan sampai pada setiap masyarakat Malaysia yang memiliki smart phone.

Keratan fb yang di kongsi Dr. Mohd Hazane Yacob mengenai kisah tular adiknya dikecam Netizen akibat kesalahannya.

Di wall facebook saya juga telah lalu banyak kali tanpa saya boleh berbuat apa. Sangat menyedihkan apabila ujian ini hadir pada adik saya yang mungkin dia khilaf dan tidak sedar, sengaja atau tidak, memang ini sebuah kesalahan yang tidak ada kompromi.

Hanya saya yang tidak suka dengan budaya viral ini adalah mengutuk, mengata dan menghina oleh netizen terhadap adik saya yang mereka sahaja belum kenali dan jumpa. Ini yang saya sangat kesali, mana etika dan adab bangsa kita yang beragama islam, saya tidak sanggup baca satu pun netizen komen dan mengata.

Ada juga segelinter yang berfikiran positif dan terbuka, memberikan semangat. Saya sangat takut dengan situasi dan suasana begini, komen dengan negatif, mengeluarkan kata-kata binatang yang ada di zoo negara. Sedih rasanya adik saya dihina dan dikata serta dikutuk tanpa belas kasihan. Akibat kata-kata ini sangat bahaya dan impak pada personal adik saya dan keluarga mereka.

Adik saya ini dengan panggilan Che Mat ini semasa kecil beliau dilahirkan dengan kesihatan yang tidak baik, sehingga masa baby badan dia sangat kecil, sehingga nampak tulang- tulang rangka dibadan dia, sehingga emak saya kalau nak tidurkan dia terpaksa lapikkan kain tebal supaya dia tidak sakit kerana rangka dipunggung dia, jika ingat masa dia baby, sangat sedih sekali, masa itu saya baru darjah 5.

Beliau juga ada kekurangan untuk tidak dapat membuka mulut dengan sempurna, dengan kekurangan inilah, Allah swt memberikan dia kelebihan sihat selepas dia berumur 3 tahun, dengan sihat dan membesar dengan tubuh badan yang agak besar sehingga sekarang.

Alhammdulilah, Inilah kisah adik saya yang dari kecil sudah istimewa dari NYA. Saya mohon pada semua yang komen hina dan keji tentang kejadian sebelum, deleted dan berhenti lah menghina serta menghukum tanpa rasa belas kasihan.

Dr. Mohd Hazane Yacob

Adab dan etika kita dalam bersuara juga perlu ambil kira, bukan hanya dengan sembrono menghukum dan mengata tanpa ada adab sebagai orang islam. Mana adab seorang islam kita selama ini.

Saya mohon kawan-kawan dan sahabat saya yang terbaca post ini, mohon tolonglah share untuk netralise kembali keadaan supaya hal begini tidak terus dihina dan bertutur tanpa ada adab dan ciri seorang bangsa melayu Islam. Biarkanlah undang-undang berbicara, bukan kita mengkeji, menghina dan mengutuk.

Sedih melihat perkara seperti ini terjadi , semoga di masa hadapan situasi viral mengutuk dan mengata akan tiada lagi.

Wasalam, Dr. Mohd Hazane Yacob, Abang sulung kepada adik saya Mohd Hanizam di viral hal tidak memakai Mask baru- baru ini. Credit fb Dr. Mohd Hazane Yacob.