Dr Al1 mninggal pngsan smasa brtugas, Prginya seorg D0KTOR dn ahli dakwaah (5gmbr)

Kuala Lumpur : Seorang doktor yang bertugas sebagai barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) men1nggal dun1a, kelmarin.

Berita sedih itu disampaikan menerusi hantaran dimuat naik Skuad Pengurusan Jen4zah Malaysia (SPJM) di Facebook (FB), semalam.

Menerusi hantaran itu, SPJM memaklumkan, pihaknya dimaklumkan mengenai kemati4n Allahyarham Dr Ali Noor Hassan melalui akaun FB miliknya.

Assalamualaikum, suami sy Dr Ali Noor Hassan telah kembali menemui pencipta sekejap tadi, Jen4zah Akan diuruskan Di masjid Bandar tun Hussein Onn jam 10pagi, Dan Akan dikebumikan Di suakekal tanah perkvburan Bandar tun Hussein Onn, Jika Ada hutang beliau yg belum dituntut Mohon pm saya (isterinya).

Arw4h adalah ahli berdaftar SPJM dan mengikuti SPJM sejak 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jen4zah SPJM di Surau Quba Sentul pada dua tahun lalu.

Dr Ali dikhabarkan sebagai seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai ijtimak atau perhimpunan jemaah tabligh di Beaufort, Sabah.

Setiap kali ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak,katanya.

Menurutnya, SPJM kehilangan seorang ahli yang begitu komited berkhidmat untuk ummah.

Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan beliau dan mengampuni segala d0sanya yang lampau, Salam takziah buat ahli keluarganya, katanya.

Dalam hantaran itu, SPJM berkongsi gambar terakhir Dr Ali yang sempat diambil rakannya sebelum beliau jatuh sakit kerana beb4n kerja terlalu penat dan letih selain kekurangan masa untuk beristirehat selepas bertugas di barisan hadapan KKM menangani C0V1D19.

Difahamkan beliau tertidur ketika bertugas dan pengs4n. Al fatihah.