Doakn suamii dan ank ank Arwh Pn Mariani sihat brjaya lwn wabaak!

Kota Bharu : Buat keluarga Puan Mariani Sulaiman, saya dan semua rakan-rakan mendoakan semoga kalian semua tabah, kuat dan sabar atas ujian ini.

Almarhum merupakan ketua jururawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kelantan.

Seorang frontliners dan mendapat C0V1D19 dari Kluster Hilir. Almarhum men1nggal dunia semalam dan dah pun selamat dikebumikan.

Doakan suami dan juga anak almarhum yang masih dikuarantin, sihat dan berjaya melawan w4bak ini.

Seorang wira tak didendang, sehingga ny4wa terakhir memberi jasa demi negara.

Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga, rakan-rakan, teman rapat, seluruh HUSM dan semua warga frontliners di seluruh negara.

Jika seorang guru diibaratkan sebagai sebatang lilin yang mana ia membakar diri untuk menerangi orang lain dalam usaha mendidik, rasanya tidak keterlaluan jika barisan frontliner juga dianggap begitu.

Sedar atau tidak, barisan frontliner sebenarnya lebih berisiko dijangkiti C0V1D19 sedang mereka ‘berper4ng’ untuk merawat pesakit yang positif w4bak pembvnuh tersebut.

Buktinya, malam tadi seorang jururawat wanita yang bertugas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan C0V1D19.

Memetik laporan akhbar tempatan, kem4tian jururawat itu merupakan korban keenam kes C0V1D19 di Kelantan.

Mangsa berusia 52 tahun itu dilaporkan men1nggal dunia pada jam 10.15 malam tadi di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) menurut keluarga m4ngsa yang enggan dikenali.

Menurut sumber, arwah mempunyai dua orang anak telah dimasukkan ke hospital sejak 7 Disember lalu sebelum disahkan positif C0V1D19.

Ahli keluarga arw4h juga dikatakan reda dengan kem4tian dan jen4zah selamat dikebumikan sekitar jam 11 pagi tadi manakala suami dan anak anak arwah sehingga kini masih dikuarantin.

Majlis pengebumian juga dihadiri oleh barisan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri serta beberapa anggota keluarga yang dianggar seramai 20 orang.

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang orang beriman dan beramal soleh,Sama-sama kita membaca surah. Al-Fatihah.