Doakn suami ayu masih hilaang, jgn mesej alfatihahh lagi!

Bachok : Doakn suami ayu masih hilaang, jgn mesej alfatihahh lagi! Sebak luahan seorang isteri salah seorang mangsa bot karam bila mana suami tersayang masih belum dijumpai.

Bagi Siti Ayu dia amat sebak dan terkesan bila mesej mesej Al fatihah ditulis buat suami nya yang masih hilang dilaut, dia ada memuat naik kesedihan itu melalui laman sosialnya.

Saya ada dengar kisah dari mangsa yang selamat bahawa suami sempat berpaut pada pelampung, jadi saya menaruh harapan yang suami balik dalam keadaan selamat,” kata Siti Ayu Ishak, 30.

Siti, isteri kepada Arman Ismail, 43, yang masih hilang bersama dua lagi mangsa iaitu Harun Daud, 57, dan Che Wadi Bakar, 40-an.

doakn-suami-ayu-masih-hilaang-jgn-mesej-alfatihahh-lagi

Siti berkata, Arman tidak suka turun ke laut namun entah mengapa kali ini dia beria-ia mahu mengikut birasnya, Azhar Mat Nisah, 48, yang juga tekong bot turun ke laut memancing dan mencandat sotong petang semalam.

Katanya, suami baru empat kali keluar memancing dan kali ini dia kelihatan seronok mahu mengikut Azhar membawa pemancing dari Pasir Mas untuk memancing dan mencandat sotong.

Daripada cerita mangsa yang selamat, mereka beritahu dalam keadaan kelam kabut, Azhar cuba menyelamatkan semua penumpang termasuk suami, anak Azhar juga kata dia sempat capai tangan suami saya namun terlepas kerana ribut kuat, tetapi Azhar pantas mencampakkan pelampung kepada suami yang terjatuh dalam laut.

doakn-suami-ayu-masih-hilaang-jgn-mesej-alfatihahh-lagi

Dari situ, saya berdoa, suami kuat semangat dan bertahan jika betul dia sempat capai pelampung sebelum hanyut ditelan ombak, katanya ketika ditemui di Jeti Perikanan Kemasin, di sini, hari ini.

Siti berkata, walaupun suaminya sudah hilang hampir lapan jam sejak bot mereka terbalik dilanda ribut jam 8.30 malam tadi, namun dia tidak akan putus berdoa berharap ada keajaiban berlaku.

Katanya, kali terakhir dia bertemu suami pada tengah hari semalam selepas Arman menghantarnya pulang ke rumah keluarganya kerana mahu bermalam di laut.

doakn-suami-ayu-masih-hilaang-jgn-mesej-alfatihahh-lagi

Saya tak sempat tatap betul-betul muka suami, apa pakaian dia pakai, dia kata hanya pergi untuk satu malam sahaja, dan sepatutnya balik pagi tadi, katanya yang dilihat menangis beberapa kali sepanjang berada di jeti itu.

Dia sempat berguaru dengan arwah suami melalui tag dilaman facebook bilamana suaminya berhasrat kelaut menangkap ikan.

Tidak disangka gurauan tersebut jadinya ini yang membuatnya sebak bila suaminya hilang dilaut dan masih belum ditemui.

Arman yang berniaga sendiri mempunyai tiga anak berusia sembilan, enam dan tiga tahun.

Setakat jam 7 malam tadi, usaha mencari tiga lagi mangsa diteruskan dan bot yang mereka naiki sudah ditunda ke muara Kemasin bagi membolehkan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meneruskan operasi mencari mangsa yang dikhuatiri terperangkap dalam rumah bot berkenaan.

Sehingga kini, mangsa yang maut kekal lima orang, manakala tiga masih hilang dan 12 selamat.

Sama sama kita doakan agar suami ayu selamat dan 2 lagi rakannya juga dijumpai selamat.

Tonton Video Di Bawah Ini Sampai Habis

Power la dik

Posted by Fingo on Isnin, 17 Februari 2020

Register disini>> Join Now ,Selepas Join download Apps Fingo
Wasap : Abee Sey
www.wasap.my/+601151688713