Doakn Ami dkhuatiri lemaas Tasik Kenyir ” Baru seminggu kahwin” (5Gmbr)

Kuala Berang : M4ngsa yang dikhuatiri lem4s selepas hilang ketika berenang di Sungai Petuang, Jeram Harimau, Tasik Kenyir di sini, semalam baru seminggu melangsungkan perkahwinan.

M4ngsa, Ami Azzizol Abu Bakri, 21, ke tasik berkenaan juga untuk berbulan madu bersama isterinya, Syarifah Ramli, 19.

Adik baru seminggu berkahwin dan tidak menyangka kejadian menyayat h4ti ini berlaku ketika inainya masih merah di jari,kata Mizie Abu Bakri, 33, abang kepada Ami.

Menurutnya, dia sedih apabila kejadian itu berlaku di saat kemeriahan majlis perkahwinan adiknya pada Ahad lalu masih lagi diraikan keluarga.

Katanya, adiknya bersama isterinya memang merancang untuk bercuti sambil berbulan madu bersama keluarga mentuanya di Tasik Kenyir kerana tidak dapat merentas negeri berikutan pandemik C0V1D19.

Sedih apabila mengenangkan kegembiraan mereka meraikan percutian bulan madu ber4khir dengan kejadian ini, katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, dia bersama keluarganya yang tinggal di Kampung Sungai Buaya, Dungun bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan daripada keluarga mentua adiknya pada 8 malam.

Katanya, adiknya tinggal di rumah mentuanya di Felda Rasah 2, Kerteh selepas majlis perkahwinan dan kali terakhir dia bertemunya pada Khamis lalu.

Mizie berkata, ketika itu adiknya tidak menunjukkan sebarang perubahan, malah pada hari perkahwinannya mangsa yang juga anak bongsu daripada lapan beradik dikatakan sangat gembira menyambut hari bersejarah dalam hidupnya.

Keluarga tahu dia hendak bercuti di Tasik Kenyir, katanya.

Sementara itu, kakak ipar mangsa, Siti Zainab Ramli , 34, berkata, dia ke lokasi percutian itu bersama 15 ahli keluarga dengan menaiki empat kereta.

Menurutnya, mereka tiba di rumah rakit berkenaan pada 3 petang semalam dan Ami kelihatan sangat teruja untuk mandi.

Beberapa hari sebelum itu lagi, Ami kelihatan sangat teruja untuk bercuti sambil berbulan madu dan tidak menyangka akan berakhir dengan kesedihan, katanya ketika ditemui di lokasi hari ini.

Siti Zainab berkata, Ami bersama beberapa ahli keluarga lain mandi di kawasan air terjun di sungai berkenaan sebelum kejadian itu.

Menurutnya, selepas selesai mandi dan pulang ke rumah rakit, mangsa menanggalkan jaket keselamatan yang dipakainya ketika mandi di air terjun dan beritahu isterinya mahu berenang ke kawasan batang pokok hanyut kira-kira 50 meter dari rumah rakit terbabit.

Dia terus terjun ke sungai dan berenang, dia dipercayai mengalami kekejangan otot sebaik hampir sampai ke kawasan berkenaan.

Anak pemilik rumah rakit terjun untuk menyelamatkannya namun gagal apabila dia sendiri hampir lem4s walaupun sudah berjaya mencapai m4ngsa,katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Md Hilman Abdul Rashid berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan dengan bantuan polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) seramai 50 orang selain bantuan penduduk setempat.

Hari ini kita memperluaskan radius pencarian iaitu 25 hingga 30 meter dan menjangkakan mangsa berada di sekitar lokasi kejadian kerana tiada arus di dasar berkenaan.

Kita hanya melakukan pemantauan di permukaan air sahaja kerana usaha pencarian menggunakan kaedah selaman gagal kerana paras kedalaman kira-kira 25 meter menyebabkan keadaan di bawah gelap dan sejuk, katanya.