Doaakan Lkpl Fadhirul krtikaal, trgedi kejar Myvi Pnjenayh!

Johor Bahru : Abang kepada Lkpl Fadhirul Musa yang juga pemandu MPV tersebut meluahkan rasa sedih apa yang menimpa adiknya yang kini dirawat diICU.

Mohd Firdaus Musa mohon semua sahabat mendoakan adindanya Lkpl Fadhirul diberikan kesembuhan, beliau sekarang kritikal dan bertarung nyawa di Hospital Sultan Ismail Jb.

Kereta MPV Polis yang dipandu beliau semasa mengejar suspek telah bertembung dengan kenderaan lain yang digesel oleh kenderaan suspek menyebabkan MPV terbalik,Mankala rakan setugas beliau m4ut di tempat kejadian.

Polis Johor sedang memburu dua lelaki yang menaiki kereta Perodua Myvi dipercayai penjenayah yang melarikan diri selepas dikejar anggota kereta peronda (MPV) Balai Polis Bandar Dato’ Onn di Jalan Kangkar Tebrau, Kampung Kangkar Tebrau di sini pagi awal pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5 pagi itu telah meragut nyawa Konstabel Nicholester Dadup Unggat, 20, akibat cedera parah pada bahagian kepala selepas MPV dinaikinya bergesel dengan kenderaan suspek sebelum terbalik dan dilanggar Perodua Aruz.

Kemalangan itu turut menyebabkan, pemandu MPV, Lans Koperal Mohd. Fadhirul Musa, 32, yang berasal dari Tumpat Kelantan ceder4 par4h.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sebelum kejadian, kedua-dua anggota dari Balai Polis Bandar Dato’ Onn sedang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan sebelum terserempak dengan sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Anggota telah mengarahkan suspek memberhentikan kenderaannya sebelum mereka bertindak melarikan diri dan anggota MPV telah mengejar suspek.

Setibanya di Jalan Kangkar Tebrau dan Jalan Tun Teja, kenderaan MPV bergesel dengan kereta suspek sebelum terbalik dan dil4nggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Aruz yang dinaiki dua orang awam,katanya pada sidang akhbar di Jabatan Perubatan Forensik, HSI di sini sebentar tadi.

Ayob Khan berkata, akibat kemalangan itu, Nicholester Dadup yang duduk di sebelah tempat duduk penumpang hadapan disahkan men1nggal dun1a di tempat kejadian selepas dihempap MPV terbabit.

Jelasnya, pemandu MPV pula cedera parah pada kepala dan badan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail.

Beliau berkata, polis kini sedang giat menjalankan siasatan dan mengesan kereta yang dinaiki suspek selain yakin akan dapat memberkas suspek dalam masa terdekat.

Kita yakin mereka (suspek) akan dapat dikesan dalam masa terdekat. Ketika kejadian, anggota telah membuat laporan kepada Pusat Kawalan Gerakan Daerah, nombor pendaftaran kereta suspek semua sudah kita ada,katanya.

Ayob Khan berkata, jen4zah mendiang Nicholester Dadup yang masih bujang itu akan diterbangkan ke Sibu, Sarawak untuk disemadikan dikampung halamannya.