Doa trakhir seorng Imam,” rebaah dimimbar dishkan mninggal “(5Gmbr)

Makassar : Seorang imam masjid men1nggal dunia ketika sedang membacakan doa untuk kapal selam NRI Nanggala 402 yang diisytiharkan k4ram dan mengorbankan semua 53 kru.

Kejadian dipercayai berlaku di Masjid Baiturrahman Panaikang, Kota Makassar semalam, ketika Ustaz Muhammad Ruddin Emang selesai menunaikan solat zohor.

Seorang jemaah dikenali sebagai Taufiq berkata, ustaz berkenaan ingin menamatkan ceramahnya dengan bacaan doa tetapi secara tiba-tiba dia terkulai j4tuh ke mimbar masjid.

Kami semua terkejut dengan apa yang berlaku,katanya.
Menurutnya, selepas menunaikan solat zohor, arwah sempat menyampaikan ceramah ringkas mengenai kisah Nabi Yunus AS yang dimakan ikan dan peristiwa tenggelamnya kapal KRI Nanggala 402 itu.

Sebelum sempat menghabiskan bacaan doa, beliau reb4h.
Taufiq yang sudah mengenali ustaz berkenaan selama 40 tahun sempat berbual seketika pada waktu subuh semalam dan memaklumkan yang ustaz berada dalam keadaan sihat.

Dia seorang pendidik yang terbaik. Kami tidak pernah melihat dia marah, katanya. Al fatihah.